Si comel, manis yang tinggi dengan nutrisi dan Vitamin C buah kiwi dari Zespri sememang tidak usah diperkenal lagi. Kualiti yang terjamin menjadikan Zespri antara jenama buah kiwi dipilih oleh rakyat Malaysia.
Tahukah anda? Buah kiwi mengandungi Vitamin C tiga kali gand lebih tinggi dari buah oren dan memberi 100% Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh seorang manusia.
Walaupun saiz buah kiwi Zespri kecil namun ia terkandung dengan nutrisi kesihatan! Kuasa Vitamin C membantu menguatkan imunisasi sistem tubuh badan dan mengurangkan rasa lesu kepenatan. Semua tahu tentang manfaat kesihatan dari Vitamin C, tapi apa yang membuatkan Vitamin C luar biasa hebat?
Vitamin C sangat tinggi antioksida. Ia mampu membangkitkan imunisasi badan, mencegah badan diserang penyakit dan menyokong sel badan yang lemah. Selain tu, ia juga mengaktifkan enzim dalam badan bagi mengurangkan rasa penat dan meningkatkan tenaga fizikal dan mental.
Sangat penting pengambilan Vitamin C kerana badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri. Jadi seharusnya pengambilan Vitamin C secara semulajadi dan setiap hari disyorkan untuk kesihatan dan kecantikan sepanjang umur.
Untuk mendapatkan manfaat Vitamin C secara segar dan berkualiti semestinya dari buah kiwi Zespri. Kini, Zespri juga memperkenalkan edisi terhad pemegang buah kiwi bersama spife (sudu-pisau) untuk setiap pembelian enam pek Zespri SunGold Kiwifruit. Dapatkan buah kiwi Zespri di pasaraya dan kedai buah terpilih berdekatan anda. Layari www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut.