Pemandu kenderaan di Malaysia tidak asing lagi dengan aplikasi Waze yang membantu dalam memudahkan perjalanan harian mereka. Hari ini Liberty Insurance Malaysia dan Waze suka cita memaklumkan, suara rapper terkenal Altimet menjadi teman untuk anda sepanjang menggunakan Waze!
Suara Altimet dirakam secara dual Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara pertama kalinya. Untuk mengakses ciri ini apa yang pengguna perlu lakukan pergi ke bahagian ikon tetapan > arah suara > pilih Altimet dan siap sedia untuk perjalanan anda.
Ciri terbaharu ini bagi memudahkan dan memberi keseronokan kepada Wazers apabila mendengar suara yang biasa mereka dengar, ini secara tidak langsung memberi pengalaman memandu tanpa stress. Suara terbaharu Waze ini dibawakan oleh Liberty Insurance Malaysia, sebahagian dari Liberty Mutual Insurance Group yang mempunyai 100 syarikat dengan hampir 100 tahun pengalaman operasi sebagai global insurans seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut dan disebalik tabir rakaman suara Altimet layari:
http://altimet.com.my/TheAltimetWaze atau http://www.altimet.com.my/TheAltimetWaze
Mengenai Waze klik www.waze.com dan Liberty Insurance Malaysia di https://www.libertyinsurance.com.my/