Tahniah diucapkan kepada aktres jelita Fouziah Gous yang kini sah hamil 17 minggu untuk anak kedua.
Fouziah yang kini aktif dengan aktiviti perniagaan sarang burung dan juga baru membuka sebuah gimnasium Muay Thai, Gym FDM di Bukit Jelutong.
Dia sempat berkongsi berita gembira itu di laman Instagram iaitu gambar imbasan kandungan dengan kapsyen yang lucu.
“Banyakkan bersujud di bulan puasa, bersungguh-sungguh anak mummy ni bersujud! Bila pula nak tunjuk gendernya anakku kalau sujud je dari tadi,”
Fouziah yang teruja ingin tahu jantina bayinya itu masih dalam keadaan ternanti-nanti kerana bayinya seolah tidak mahu menunjukkan dan dalam posisi seperti sujud.
Dalam pada itu, pengikut Instagram dan rakan artis mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan ibu dan anak dalam kandungan.
Terkini Fouziah mempunyai anak lelaki sulung Muhammad Zeeshan yang berusia 2 tahun.