Kadang-kadang kita jadi pelik bagaimana sesetengah perempuan boleh menghilangkan parut di wajah dengan hanya menggunakan solekan.
Parut yang gelap sememangnya membuatkan kulit dan kompleksi wajah menjadi tidak cantik dan oleh kerana itulah ramai yang mula mempraktikan solekan sebagai sebahagian rutin harian untuk buat wajah kelihatan mulus dan bersih tanpa sebarang cela.
Tidak heran jika anda seorang jurusolek profesional, namun bagi individu biasa yang kurang arif tentang langkah dan tertib solekan wajah? Ini caranya bagaimana untuk menyorok parut di belakang solekan hanya menggunakan bedak asas (foundation) jenis full coverage!
Sebelum mula, tengok jenama-jenama foundation terbaik di [KLIK UNTUK LIHAT] 5 Jenama Foundation Terbaik, Beli Di Farmasi Je!
Barang Wajib Ada:-
- Primer (bertindak menutup liang pori agar kulit lebih halus dan mekap mudah melekat/tahan lama)
- Setting Spray (bertindak sebagai lapisan pelindung agar mekap tidak ‘cair’ dan tahan berjam lamanya)
- Foundation jenis “full coverage” (hanya bedak asas jenis full coverage dapat menutup parut dengan baik)
- Beauty Blender (untuk menutup parut sebaiknya gunakan gerakan sapuan menekap dan bukannya menarik seperti penggunaan berus biasa)
- Loose Powder (lapisi sapuan foundation dengan bedak halus untuk kemaskan solekan serta buatnya tak mudah luntur dari wajah)
Turorial 1 —> [KLIK SINI UNTUK TONTON DI YOUTUBE]
Tutorial 2 —> [KLIK SINI UNTUK TONTON DI YOUTUBE]
Psttt! Pernah ada MUA beritahu penulis, kulit model-model fesyen kat Instagram yang famous… yang korang puja sangat tu tak lah flawless mana pun. Itu semua ilusi mekap semata-mata yang ditambah dengan teknik pencahayaan fotografi.
Jadi kalau muka berparut tu, tak perlulah hilang keyakinan diri. Masih ada solusi untuk jadi cantik…
Bak kata Syafiqah Aina dulu, “Filter cover up my flaws”.