Anda dah tonton video ini? Penulis tercengang mendengar jawapan kanak-kanak perempuan yang hanya berusia enam tahun ini.
Ceritanya begini, seorang pengguna Twitter, Kyle Dinsmore, memuat naik satu video dua hari lalu dan sudah menerima lebih 27,000 retweet dan 39,000 likes.
I hope everyone can have the same confidence in themselves as my 6 year old sister 😂😭 pic.twitter.com/4khv9OoyFZ
— kyle (@Dinsmore_Kyle) May 18, 2017
Video itu memaparkan perbualan Kyle bersama adik perempuannya, Khloe.
“Khloe, apa di muka kamu tu?” tanya Kyle.
“Kecantikan,” balas Khloe.
Reaksi penuh keyakinan itu disambut ketawa besar oleh Kyle dan ibunya yang turut berada di situ, yang kemudiannya memuat naik video itu beserta kapsyen,
“Saya harap semua orang yakin dengan diri sendiri seperti adik saya”.
Kyle, 17, dalam temuramah dengan portal Buzzfeed memberitahu, dia tidak begitu terkejut dengan jawapan Chloe dan menyifatkan karakter adiknya itu sebagai ‘sassy‘.
Tabik hormat dekat kanak-kanak ini kerana mempunyai keyakinan yang cukup tinggi bak Gunung Everest.