Tahukah anda sebanyak 1 daripada 3 orang mengalami gigi sensitif yang juga dikenali sebagai dentin hipersensitiviti. Ciri-ciri seperti rasa ngilu atau sakit mendadak menusuk di dalam mulut ketika melakukan aktiviti harian biasa seperti makan, minum, memberus gigi dan ada kalanya menghirup udara sejuk menyebabkan pesakit merasa tidak selesa.
Jadi, rangkaian produk SENSODYNE® Repair & Protect keluaran GlaxoSmithKline merintis perubahan bersama dengan pakar utama, serta peruncit terkenal dan personaliti tempatan, untuk menganjurkan kempen ‘Pledge No to Sensitivity’ (Ikrar Menentang Gigi Sensitif) dan membebaskan diri mereka daripada ketidakselesaan akibat gigi sensitif.
https://www.instagram.com/p/BTp5y8mDlfZ/?taken-by=wanistadotcom
Sensodyne mempelopori kempen ‘Ikrar Menentang Gigi Sensitif’ dengan matlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil pendirian menangani masalah gigi sensitif dan melindungi diri mereka daripada penderitaan yang boleh dicegah.
SENSODYNE® Repair & Protect ialah ubat gigi berasaskan fluorida untuk kegunaan harian yang pertama mengandungi teknologi NovaMin® yang dipatenkan oleh GSK. Teknologi NovaMin® ialah teknologi penjagaan kesihatan mulut serba maju yang membentuk satu lapisan yang lebih keras, seperti gigi di atas dan di dalam dentin yang terdedah. Lapisan ini adalah sehingga 60% lebih keras daripada lapisan dentin terdedah, dengan demikian memberikan kesan pembaikan yang lebih kuat kepada pengguna.
Untuk menyokong kempen menentang gigi sensitif dan membuat ‘Ikrar Menentang Gigi Sensitif’, sila kunjungi laman rasmi ‘Ikrar Menentang Gigi Sensitif’ di Facebook Sensodyne Malaysia.