Eyeliner atau celak mata merupakan kunci utama dalam merias sudut mata. Ramai yang berusaha untuk mendapatkan bentuk atau garis eyeliner yang sempurna. Boleh dikatakan siapa dapat menguasai teknik mengaris eyeliner sememangnya pakar dalam teknik solekan. Iya ke?
Jadi pada anda yang setiap hari menggunakan eyeliner tu, anda pasti ke apa yang lakukan itu betul?
Wanista kupaskan kesilapan yang biasa anda buat dengan memberikan tips yang betul.
#1 Biar Kawasan Mata Terdedah
Sebelum melukis eyeliner, pastikan anda bersihkan kawasan kelopak mata dengan translucent powder atau setting powder dengan berus. Ini bagi membersihkan dari minyak atau kotoran yang melekat, supaya garis eyeliner tidak melekat pada garis kelopak menyebabkan kelihatan comot.
#2 Guna Eyeliner Hitam Di Waterline
Elakkan menggunakan eyeliner hitam dan tebal di waterline mata anda pada solekan siang. Ia memberi efek mata kelihatan lebih kecil dan mudah comot. Tukarkan ia sebagai solekan malam dan tukar kepada warna eyeliner kepada blue navy.
#3 Guna Eyeline Jenis Pensil Untuk Gaya Eye-cat
Eyeliner jenis pensil agak keras dan hujungnya tidak tirus hasilnya garisan menjadi tidak sekata. Tukarkan kepada eyeliner jenis cecair untuk mendapatkan bentuk hujung tajam bagi gaya eye-cat.
#4 Tidak Sempurnakan Garis Eyeliner Dengan Concealer
Ramai yang tidak tahu, concealer amat berguna untuk menutup dan membersihkan kesan comot garis yang anda tidak mahu.
#5 Menarik Mata Ketika Memakai Eyeliner
Biasakan buat? Kesalahan ini biasanya dilakukan pada mereka untuk mendapatkan efek gaya eye-cat atau garis eyeliner yang lebih panjang. Tahukah anda kesannya ia menyebabkan timbul garis halus dan ia boleh menukar bentuk mata anda. Oh no! Jadi cara yang paling terbaik ialah pandang bawah di cermin jadi kelopak mata anda rata secara semulajadi.