Yeay Dream, anak sulung pasangan Haha dan Byul dah dapat adik!
Dilaporkan, Haha berasa lega sebaik sahaja isterinya, Byul selamat melahirkan putera kedua mereka. Menurut wakil pasangan berkenaan, Byul dan anak lelakinya itu berada dalam keadaan sihat.
“Byul selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan mereka berdua berada dalam keadaan sihat. Setakat ini, HaHa dan Byul masih lagi belum memberikan nama kepada bayi mereka, namun hanya mempunyai nama panggilan iaitu So Wool.
Terdahulu, Haha dan Byul telah berkahwin pada tahun 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki pada bulan Julai 2013 yang diberi nama Dream.