Dari mata turun ke hati…
Tapi kalau mata pun sembab, lesu semacam orang tengok pun takut! Macam nak turun ke hati?
Terdapat banyak faktor mata sembab antaranya tekanan, alergik, perubahan hormon atau takungan cecair. Begitu juga pada anda yang suka menghabiskan dengan tidur a.k.a tidur terlalu banyak dan kerap menangis. Menangis menyebabkan mata bengkak kerana kalenjar kecil di kelopak mata bekerja kuat untuk menghasilkan air mata.
Namun hati-hati, mata sembab juga disebabkan jangkitan kuman atau bakteria di kalenjar meibomian.
Sebelum ini Wanista pernah mendedahkan tentang 5 Tips Menjaga Kecantikan Mata Yang Betul! jadi kali ini apa kata anda tambah amalan kecantikan dengan rawatan mata dari 5 produk terbaik pilihan kami.
Pilihan pertama Wanista ialah dari produk it cosmetics yang bukan sahaja mengurangkan tanda mata sembab malah membantu menghilangkan tanda penenuaan seperti garis-garis halus serta kedutan dibahagian lingkaran mata. Krim mata dari it cosmetic Bye Bye Under Eye Cream sesuai untuk semua jenis kulit malah si kulit sensitif. Daya penyerapan yang cepat juga menyerlahkan kecantikan mata anda dan kelihatan muda! Nak beli? KLIK SINI.
Dari jenama yang terkenal dengan formula dari pakar dermatologi Clinique, krim All About Eyes amat ringan dan diformulasikan dari bentuk gel. Anda boleh mengaplikasikan krim ini samaada pada waktu pagi atau malam. Tekstur bergel juga tidak mencomotkan solekan mata anda. Paling best tentang krim ini ia diuji secara ‘Ophthalmologist’ iaitu dari pakar mata dan penjagaan visual. Nak beli? KLIK SINI.
Diinspirasikan dari urutan mata, Garnier menyediakan krim yang memudahkan pengguna memberi urutan penghilang stress dari Garnier Light Brightening Eye Roll-On With Caffeine. Sambil anda memutar bebola kecil dibahagian mata anda, manfaat yang anda terima ialah ia mencerahkan kawasan lingkaran gelap dan mengurangkan kesan mata sembab. Nak beli? KLIK SINI.
Arcona Eye Dew mempunyai formula mengurangkan kesan radang dan melembutkan kulit dari ekstra beri biru. Bagi anda yang mempunyai garisan mata yang sangat kasar dan jelas, Arcona Eye Dew kaya dengan shea butter, hyaluronic acid dan essential fatty acids bertindak sebagai membaiki dan juga menghalang dari ia terjadi lagi. Ia juga sesuai dipakai bersama solekan dan mempunyai vitamin E untuk antioksida. Nak beli? KLIK SINI.
Konsep produk dari jenama SIMPLE ini juga sama seperti Garnier iaitu bebola halus untuk mengurut lembut kawasan mata. Ia menggunakan bahan semulajadi seperti ekstra timun, pro-vitamin B5 untuk menghidrat dan menyegarkan kawasan mata. SIMPLE Revitalising Eye Roll-On sesuai digunakan untuk mereka yang kulit sensitif kerana ia langsung tiada wangian atau pewarna tambahan dan diuji secara klinikal. Nak beli? KLIK SINI.
Kelima-lima produk diatas anda boleh dapatkannya mengikut kesesuaian bajet dan kehendak masing-masing.
Psstt…rupanya mata sembab merupakan trend di Korea Selatan! Tak percaya? Anda boleh klik artikel ini ‘Info Tentang Aegyo Sal – Trend ‘Mata Sembab’ Dikalangan Orang Korea’.
Ada juga yer..jadi anda nak ikut trend ke atau nak tampak fresh?