Anda sukakan gaya kilauan yang bersih?
Jenama Solekan dari Perancis, By Terry memperkenalkan koleksi Musim Bunga 2017 baharu iaitu ‘Techno Aura’. Ia diinspirasikan dari warna supernova dan eleman cahaya galaksi bagi mencipta efek solekan yang pelbagai dan bercahaya.
Dengan aplikasi produk yang mudah digunakan dan cukup eksklusif sesuai untuk mereka yang sukakan dunia solekan.
Glow-Expert Duo Stick
Alat solekan 3 dalam 1 ini mempunyai pemerah pipi, highlighter dan bronzer bersama berus aplikasi. Ia senang dibawa kemana-mana dan menghasilkan gaya solekan yang bercahaya kemas. Juga bentuk contouring lebih jelas, memberi ilusi muka lebih tepat.
Eye Designer Pallete Panti Pris N3. Techno Aura
Warna pembayang mata edisi terhad sesuai untuk gaya solekan malam dengan hasilan kilatan. Palet yang memberi bayangan 6 warna kilatan umpana mutiara ini mudah diaplikasi samaada dengan berus atau jari sahaja.
Gloss Terrybly Shine
Menggunakan teknologi baru menggunakan formula hyaluronic acid menghasilkan gincu yang dapat melembabkan bibir sekaligus. Kombinasi dua warna menarik dalam satu botol glos.
Bagi anda yang ingin mendapat koleksi ini, secara eksklusifnya ia berada di outlet kecantikan KENSapothecare.