Sejak dua tahun lepas lambakan produk rambut pomade iaitu sejenis gel rambut untuk kaum lelaki telah mendapat perhatian ramai. Boleh dikatakan hampir semua lelaki Malaysia memilih pomade sebagai pelengkap gaya rambut mereka.
Secara jujurnya penulis sendiri kurang tahu mengenai pomade, iyalah orang perempuan lagikan berhijab jadi untuk menggunakan pomade memang tak wajib lah. Tapi sebenarnya untuk wanita free hair pun boleh menggunakan pomade untuk menghasilkan rambut yang terletak samada rambut panjang atau pendek.
Jadi pomade bukan untuk lelaki sahaja. Perempuan pun boleh guna!
Bagi yang tak tahu apa itu pomade, jom ikuti artikel ini.
Kandungan bahan dalam pomade?
Pomade dihasilkan dari cecair (water based) atau gel petroleum. Pada abad ke 18 sehingga 20 kebanyakan produk pomade dari lilin lebah. Namun pada 2001 pomade yang dihasilkan oleh Layrite menggunakan dari cecair (water-based) dimana ia lebih mudah untuk dicuci dan cepat kering.
Hasil menggunakan pomade?
Rambut yang menggunakan gel pomade lebih berkilat, terletak dan memberi lebih volume pada rambut. Ia bergantung pada ketebalan dan panjang rambut anda. Pomade tidak merosakkan rambut dengan menjadi rambut keras seperti menggunakan semburan rambut atau gel rambut yang lain.
Tips menghasilkan gaya rambut menggunakan pomade (sesuai untuk semua jenis rambut)
- Untuk lebih kilatan, sapukan pomade dari tengah rambut hingga hujung rambut.
- Bagi mendapatkan rambut berombak, sapukan pomade ketika rambut masih basah. Kemudian, tocangkan rambut, keringkan setelah itu buka ikatan tocang.
- Sentiasa mulakan dengan amaun pomade yang sedikit. Jika anda terlebih menggunakan pomade, anda terpaksa membasuh rambut dan lakukannya semua.
Hati-hati! Pomade antara penyebab jerawat
Jika anda kerap menggunakan pomade dan tidak mencucinya dengan bersih. Jerawat mula timbul dibahagian dahi, pelipis dan garis rambut akibat penggunaan pomade yang berterusan. Ini kerana dari tekstur tebal pomade yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat, bintik hitam dan putih.
Tips rawat jerawat akibat pomade dan cara mengatasinya
- Berhenti guna pomade – Cuba berhenti menggunakan ia sehingga jerawat anda beransur pulih dan hilang
- Cuba jauhkan pomade terkena kulit – Jika anda ingin terus menggunakan pomade pastikan anda sapu hanya pada rambut dan cuba jauhkan ia dari garis rambut.
- Cuci muka – Dengan mencuci muka lebihan pomade boleh hilang mudah dengan pencuci muka. Selepas menggunakan pomade, selalu ingat untuk mencuci wajah atau lakukan selepas aktiviti fizikal dan malam.
- Jangan sentuh muka selepas sentuh rambut – Tabiat seperti ini menggalakan lagi kesan minyak pomade tertinggal di kulit muka. Untuk tips selamat sediakan sikat daripada anda menggunakan tangan.
Produk pomade pilihan Wanista untuk lelaki dan wanita ialah……
ouai matte pomade
Pomade dari OUAI ini sangat ringan dan sesuai untuk semua jenis rambut. Kerana ia bertekstur matte jadi ia meninggalkan efek semulajadi dan tidak merosakkan rambut menjadi keras. Paling penting ia tidak berminyak dan memberi kesan melekit pada tangan dan kulit. Untuk gaya rambut yang terletak sepanjang hari OUAI Matte Pomade mampu bertahan mengekalkan gaya rambut anda.
Untuk gaya rambut yang lebih menjadi dan cantik. Penulis cadangkan penggunaan OUAI Matte Pomade bersama OUAI Texturizing Hair Spray.
Anda boleh dapatkan dua produk penjagaan rambut OUAI di butik kecantikan Sephora seluruh Malaysia atau secara talian di http://www.sephora.my/brands/ouai. OUAI Matte Pomade berharga RM106 manakala OUAI Texturizing Hair Spray berharga RM115.