Hanya kerana satu makanan ringan yang berbentuk Harambe – gorilla yang dibunuh di zoo Cincinnati pada tahun lepas, ianya dijual pada harga $99,900 (RM 440,000) di laman beli belah eBay.
Makanan ringan berjenama Hot Cheeto itu dikatakan mempunyai bentuk seperti Harambe yang sedang berpaut di sebatang pokok.
Iklan tersebut dimuat naik pada 28 Januari oleh pengguna akaun eBay, valuestampsinc yang pada mulanya meletakkan harga lelongan minimum $11.99 (RM50). Iklan itu turut memasukkan sekali foto Harambe berpaut pada pokok yang dikatakan sama dengan bentuk cekedis terbabit.
Bagaimanapun, iklan itu menjadi viral di sosial media seterusnya mendapat banyak bidaan dari orang ramai sehingga tidak terkawal.
Pada 7 Februari – iaitu pada tarikh lelongan tamat – harga cheetos itu telah naik kepada $99,900 (RM 440,000).
eBay telah mengesahkan bahawa lelongan itu sah namun tidak memberi komen sama ada pembayaran telah dibuat.