ESCADA sering kali mengeluarkan wangian segar bermutu dan demi menyambut ulang tahun penghasilan wangian uniknya sejak 25 tahun yang lalu, kini jenama itu tampil untuk mengimbau memori wangian musim panas edisi terhad yang hangat dan digemari ramai sejak pelancarannya pada 1993.
Harumannya yang berupa bau manis buah-buahan bagai membawa si pemakai ke dunia eksotik yang penuh ajaib. Khas buat semua pengikut dan para peminat ESCADA Summer Limited Edition, katakan selamat datang kepada wangian baharu ESCADA Fiesta Carioca yang diserikan dengan sinergi aroma buah markisa serta sejenis bunga ungu yang digelar Passionflower.
Diinspirasi dari kedamaian dan keindahan floral di Sweden, wangian istimewa itu disisp dari pengalaman eksotik unggul yang dinikmati di bawah pancaran matahari terang umpama si pemakai sedang menikmati percutian musim panas paling mencerikan.
Gabungan floral dan buah-buahan yang tepat untuk membawakan memori yang beribu kali ganda lebih menyerlah khas untuk wanita feminin masa kini yang bersifat santai.
Apa yang menarik, wangian ESCADA Fiesta Carioca ini juga dibotolkan dalam botol bentuk klasik yang disertai motif menonjol yang dihiasi dengan percikan rona-rona terang seperti di kepulauan eksotik yang rimbun dengan flora memukau.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.escada.com