Siapa kat sini minat kucing tapi tak boleh bela? Saya! Cemburu dengan orang boleh bela kucing dirumah dan jadikan ia sebagai tempat bermanja dan melepaskan stress.
Si comel ini memang sudah dijadikan sebagai haiwan peliharaan sejak zaman pemerintahan kuku besi Firaun sehinggalah kepada zaman teragung Nabi Muhammad SAW. Mengikut peredaran masa kini, kucing-kucing ini juga tidak terlepas memiliki akaun Instagram sendiri dan jumlah pengikut sama banyak dengan akaun selebriti!
Bagi yang siapa tak boleh bela kucing, cukuplah dengan mengikuti perkembangan 8 kucing pilihan penulis ini. Setiap hari memang tak pernah terlepas untuk melihat keletah manja mereka dan wajah comel mereka. Jom kenali siapa mereka..
meow_york_kitties
Berasal dari New York, Amerika Syarikat, mereka berdua ini adalah stay-home-cat. Memang tinggal kat dalam rumah sahaja dan tak pernah keluar. Jadi, aktiviti seharian mereka ialah melepak, makan dan tidur.
Walaupun aktiviti si putih dan si tompok ini kedengaran agak membosankan, tapi mereka kerap memuat naik posting yang menarik. Memang terhibur dengan kreativiti mereka.
# Face swap dengan penjaga! Memang kelakar bila lihat rupanya..menakutkan pun ada. Hahaha
# Lihatlah si putih ini mengaku menangis tatkala menonton filem romantik komedi. Gaya duduk memang ada class!
# Orang kata, bergaduh itu pun tandanya sayang…
johnnyscogram
Johnny si belang oren, bermuka bulat dan baka dari Scottishfold menetap di bandar Yokohama, Jepun. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Johnny semuanya bergaya comel dan kemas. Si oren ini rajin mengayakan aksesori kepala dan leher.
Tak percaya? Nah..lihat gambar dibawah ini
# Little Red Riding Hood sesat nak pergi mana tu? Dah kenapa sampai tutup mata tak nampak jalan? Hahaha
# Keliru kejap, ini ayam ke kucing?
# “Saya kucing lah! Bukan arnab!”
izzy and the fluff
Bulatnya mata dua beradik ini. Si kembar tompok hitam putih ini memang jadi perhatian 84.6 ribu pengikut di Instagram mereka. Izzy dan Zoe mempunyai baka campuran British Shorthair dan yang paling uniknya, corak tompok Zoe berbentuk hati. Memang tepat betul dibahagian dada ia.
Mereka berdua ini memang tak pernah lekang bersama. Ada sahaja benda dan aksi dirakam bersama. Penulis rasa nak culik jer dua ekor ini. Geram!!
# Bab mengintai memang tak boleh buat sorang-sorang. Apapun kena kongsi…
https://www.instagram.com/p/BJQ9PmMBh6-/?taken-by=izzyandthefluff
# Alololo ~ manjanya si kakak tolong dandankan si adik..
# Tak sangka muka comel macam ni pun ganas juga bila bergaduh. Hahaha
sweet bella cat
Siapa kat hitam itu tidak menawan? Tengoklah kilauan hitam si manis Bella ini. Bella tidak tinggal berseorang, ia juga mempunyai adik beradik angkat yang lain. Namun, penulis dapati Bella sejenis yang serius. Tak banyak keletah comel atau mencuit hati yang dipamerkan oleh Bella.
Walaupun Bella buat muka serius tapi penulis tahu apa yang cuba disampaikan oleh ia. Bella adalah kucing yang penuh dengan keanggunan mana boleh nak buat aksi murahan ‘mudah terhibur’ seperti yang lain.
# Amboi, takut kita nak tegur bila buat muka macam ini
https://www.instagram.com/p/BKO7PjEBQ8b/?taken-by=sweetbellacat
# Bila pose macam ini, ada macam Kendal Jenner tak?
https://www.instagram.com/p/BKEpeHvhJTb/?taken-by=sweetbellacat
# Fuhh~ memang berkilat bulu Bella. Agak-agak boleh kongsi rahsia tak?
https://www.instagram.com/p/BNDHj0WhKwm/?taken-by=sweetbellacat
bujibuchempel
Tak payah penulis tulis panjang-panjang lagi tentang si debab milik selebriti terkenal tanah air Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Si Bujibuchempel ini terbang jauh dari Russia semata-mata kena jadi pengasuh Yusuf Iskandar. Iya ke? Jangan marah Bujibu..nanti dah tak comel
# Nampaknya Bujibu sanggup berjaga malam menjaga Yusuf. Bagus ni, boleh buat menantu
# Follower dah 609 ribu kot. Haruslah jadi dambaan si manis Siti Nordiana.
# Takkan dah putus asa kot Bujibu? Mesti Yusuf banyak buli Bijubu ni…kesian dia
donnie the sphynx
Unik dan seksi si Donnie kucing baka sphynx yang berasal dari Portland, Orlando. Pada mulanya agak janggal melihat si Donnie ini. Iyalah, dalam kepala penulis sudah tersedia dengan konsep kucing + bulu, tapi pelik pula bila kucing – bulu.
Tapi itu tak bermakna tanpa bulu si Donnie tak comel. Serius si Donnie ini memang manja dan mengada sangat dengan tuannya.
# Ini lah bonus untuk yang tiada bulu. Boleh bergaya dengan baju sejuk. Kau ada?
# Serius manja sangat, cuba dengar bunyi purr dari Donnie…tandanya sayang sangat pada tuan ia
# Memang tak boleh jauh langsung ya, kat mana-mana ada sahaja nak ikut si Donnie ni
hobbikats
Okay yang ini tak lawak, tapi setiap kali penulis lihat muka mereka ini nak gelak jer tau! Stache, Bindi dan Teddy dari sejenis baka Oriental Shorthair, sedikit sebanyak sama seperti baka Siam berbadan panjang dan berbulu pendek. Uniknya baka ini mereka memiliki telinga besar dan capang.
Sekali tengok muka tiga beradik ini macam minta simpati sahaja. Lain dari kucing lain, mata mereka tidak lah bulat jadi mata mereka tampak kuyu. Paling menarik ialah si Stache seolah-olah mempunyai misai, rasa nak picit jer ‘tang’ misai tu..hahahaha
# Tak tahu nak gelak ke nak nangis, muka tu jangan sedih sangat boleh? Hahaha
# Misai ini mungkin dapat ilham dari lagenda pelawak Charlie Chaplin
# Kami suka selfie