Seiring dengan keluaran model baru Oppo iaitu Oppo R9s, syarikat itu juga memperkenalkan duta terbaharu bagi model tersebut iaitu pelakon kacak Lee Min Ho dan si cantik Min Chen. Bersempena dengan itu juga OPPO mengadakan jualan “blind pre-order” untuk Oppo R9s bermula 2 Januari hingga 5 Januari 2017.
Bagi mereka yang turut serta “blind pre-order”, akan menerima Oppo R9s menerima telefon pintar tersebut dua hari lebih awal. Menariknya lagi, peserta juga berpeluang memenangi hadiah misteri berjumlah RM100.
Harga Oppo R9s hanya diumumkan pada 5 Januari ini tapi bagi mereka yang menyertai “blind pre-order” dapat mengetahui harga selepas membuat deposit sebanyak RM100. Tujuan utama pihak OPPO mengadakan “blind pre-order” untuk menguji para peminat terhadap model Oppo dan duta terbaru mereka. Dengan itu, Oppo menawarkan peluang keemasan kepada peminat yang ingin mencuba Oppo R9s lebih awal.
Oppo R9s mempunyai dua warna pilihan: Rose Gold dan Gold.
Blind Pre-Order boleh dibuat di http://www.oppostore.com.my/R9s_blind_preorder/ bermula 2 Januari hingga 5 Januari 2017!
https://www.youtube.com/watch?v=yFIjp5TyleE&feature=youtu.be