Jenama ketukangan emas termahsyur di Tokyo, Ginza Tanaka dengan bangganya mencipta sebuah pohon Krismas berketinggian 2 meter (6.6 kaki) yang dibangunkan dengan struktur dawai emas asli yang berupa pasta jenis angel hair.
Ia ditayangkan di sebuah kedai daerah Ginza dan mempunyai berat 19 kilogram (42 paun), pohon Krismas berkenaan telah memanfaatkan hampir 1,200 meter dawai emas.
“Dawai tersebut dicipta menggunakan emas paling berharga yang mempunyai kadar ketulenan 99.999”, jelas Takahiro Ito, Pengurus Ginza Tanaka kepada AFP Selasa lalu.
Itu turut menjelaskan bahawa pohon Krismas emas itu dibina sendiri oleh kakitangan tukang emas dalaman mereka.
Harga pohon Krismas berkenaan pula menjangkau sehingga 200 juta yen (RM7,820,872).
Meskipun harapan untuk pohon Krismas itu dibeli adalah tipis, namun Ito mengharapkan agar perhiasan mewah itu bisa menggambarkan kehebatan dan kepakaran jenamanya dalam ketukangan emas.