Sebenarnya ramai yang masih takut-takut untuk memakai warna gincu yang terang kan?
Iyalah, bersesuaian juga dengan trend warna nude yang menjadi kegilaan sekarang jadi tidak ramai yang memilih rona neon terang. Selalunya kita akan menganggap ‘warna seperti itu hanya sesuai dipakai oleh selebriti atau model ternama’. Kenapa? Mereka tampak berani dan classy berbanding kita yang ‘biasa-biasa’ ni..erk.
Jangan salah faham, setiap warna gincu yang dicipta menepati ideal bagi setiap wanita. Jadi jangan ada yang rasa tidak yakin atau hanya perlu membeli warna yang sama sahaja. Sempena menyambut tahun baru akan datang, apa kata anda serlahkan sisi personaliti anda yang fun and enjoy itu dengan warna gincu baru yang terang.
BACA: Tips Memilih Warna Lipstik Yang Ideal Dengan Tona Kulit
Rona terang pilihan Wanista untuk anda ialah Pink Fuchsia! Mari Wanista ajar anda cara nampak cantik dalam warna merah jambu neon ini. Jangan takut, Wanista tak ajar teknik yang pelik-pelik tau.
Tak perlu bersolek tebal
Percaya atau tidak, bila anda mengenakan warna fuschia anda tak perlu bersolek tebal, tambah dengan teknik countouring atau pembayang mata warna berlapis-lapis. Cukup dengan bedak asas, kemaskan kening dan lipstik fuschia anda! Kalau nak tambah eyeliner pun boleh, bagi mata nampak lebih galak macam Rihanna diatas. Warna terang fuschia memberi efek segar pada si pemakai. Kalau yang dah lewat nak ke tempat kerja, oles sahaja warna ini kebibirmu. Mandi atau tidak lain cerita. Hehehe.
Cari rona fuschia yang sepadan dengan tona kulit
# Si Kulit Cerah
Jika anda si kulit putih, cerah nak lagi berseri dengan warna fuschia. Wanista cadangkan kepada anda beli lipstick bertekstur lembut dan berkilat. Lihat sahaja contoh yang Wanista beri di atas, Dato’ Vida tampak segar, muda dan yakin.
BACA: Tips Pemakaian Gincu Buat Si Bibir Kering
# Si Manis Sawo Matang
Ada dua warna fuschia yang berbeza ‘hot pink dan violet’. Jika si pemakainya punya rona kulit sedikit gelap pilih warna fuschia violet seperti Mac Flat Out Fabulous seakan-akan warna dibibir Beyonce. Serius, memenuhi bibir anda dengan efek anggun dan seksi. So, lepas ni boleh pilih warna fuschia yang ada sedikit warna ungu ya!
Fesyen untuk si bibir fuschia
Bukan sahaja teknik solekan ya Wanista nak kongsi tapi gaya berfesyen juga Wanista nak titikberatkan bila mengenakan warna ini dibibir anda.
- Pilih pakaian berwarna hitam, putih, biru gelap atau krim (ivory)
- Elakkan pakaian dari warna terang seperti oren, kuning, hijau pucuk pisang atau ungu. Jangan kenakan pakaian yang mempunyai lebih dari dua warna.
- Anda mungkin akan kelihatan sarat dan serabut bila mengenakan aksesori yang dekat dibahagian muka seperti rantai atau anting-anting. Jadi pastikan aksesori yang tidak terlalu menonjol atau bersaiz minima. Another option ialah cukup berhias dengan gelang ditangan.
Mudah sangat nak jadi cantik sekarang. Jangan takut-takut lagi mengoles warna fuschia lepas ni. Konsep simple untuk tampil segar dan cantik!