Lenguh-lenguh badan? Ketulan lemak di peha dan perut mula muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan?
Cemburu melihat kaki panjang dan pinggul melentik model Victoria Secret, perut leper Finalis Miss Universe Malaysia 2017?
Penulis faham, ada diantara kita memang tidak pandai untuk mengatur masa untuk pergi bersenam dan ada yang tidak tahu cara bersenam dengan betul. Silap hari bulan boleh terseliuh kaki pinggang pula. Satu hal pula, niat nak jaga badan sekali, badan pula binasa gara-gara salah step. Bagi Penulis pula, jika mengikut rutin senaman biasa agak membosankan dan merasa cepat penat.
Pernah tak anda berangan untuk beraksi menari diatas pentas seperti ahli kumpulan K-pop kegemaran anda? Tengok sahajalah gaya mereka melangkah dan melakukan gaya tarian yang boleh membuat mulut terlopong. Nah! Bonus untuk anda yang memang dah lama simpan niat untuk bersenam dengan gaya menyeronokkan. Penulis kongsi dengan anda kelas tarian yang memberi konsep 2 dalam 1: buang lemak, cergas dan seronok.
Dancesteps Studio
Anda nak belajar tarian genre apa? Jazz, Tap, Modern, Hip Hop atau nak cabar diri untuk menari Ballet? Di Dancesteps Studio anda boleh belajar semua disini, ia merupakan akademi tarian untuk penari amatur sampailah ke tahap professional.
Paling best disini pelajar mereka akan didedahkan koreografi tarian klasik sehinggalah moden. Sesuai dengan tagline “We Teach The Steps, You Be The Star” anda bukan sahaja bakal mendapat bentuk badan yang idamkan malah turut menjadi lebih yakin dan mempelajari suatu skill yang belum tentu orang lain capai.
Alamat : 20, Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-6211 1753
Operasi : 3:30pm-6:30pm
Facebook : Dancesteps Studio
Laman rasmi : http://dancesteps.com.my/
Freedom Dance Studio
Khas untuk anda yang gemarkan tarian gerakan pantas seperti street dance and culture. Mereka menyediakan studio khas yang bukan sahaja untuk belajar tarian harian, malah pelbagai acara bengkel untuk mendedahkan tentang konsep sebenarnya street dance.
Freedom Dance Studio juga sering menganjurkan pertandingan tarian disekitar Kuala Lumpur, jadi pasti nama studio ini tidak asing lagi dan anda tak perlu ragu-ragu kualiti yang diberikan oleh mereka.
Alamat :11-2, Jalan Prima Setapak 3, Off Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-4031 6789
Operasi : 1:00pm-12:00am
Facebook : Freedom Dance Studio
Laman rasmi : http://www.freedomdancestudio.net/
Tanjai Kamala Indira Dance School
Suka tonton filem Bollywood? Pasti ada yang teringin nak belajar tarian klasik India seperti dalam filem Devdas. Jangan malu jangan segan untuk daftar ke kelas tarian Tanjai Kamala Indira Dance School. Disini, mereka membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari tarian klasik India tidak kira bangsa mahupun agama.
Pelajar akan diajar tarian asas tradisional iaitu Tanjavur. Kemudian akan diberikan langkah permulaan tarian Sisyaramban dan teknik asas kaki dipanggil Adavu. Bagi pelajar yang mempelajari teknik asas tersebut barulah diperkenalkan dengan tarian penuh seperti Alarippu, Jathiswaram, Sabdham, Patham, Thillana dan lain-lain.
Anda bukan sahaja dapat mempelajari teknik asas tersebut, pelajaran teori Naatya Shasthra juga akan diberikan sebagai ilmu pengetahuan untuk mahir dalam tarian dan juga sasteranya.
Alamat :No 9, Jalan Cumarasami, Jalan Ipoh Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-6257 4069
Operasi :(Mengikut jadual kelas yang ditetapkan)
Facebook : Tanjai Kamala Indira Dance School
Laman rasmi : http://www.tki.com.my/
TIP: 5 Senaman Mudah Kecilkan Peha
Soul to Soul Dance Studio
Soul To Soul Dance Studio menyediakan pelbagai kelas tarian seperti Ballet, Hip Hop, B-Boy, Jazz malah pada anda yang ada si kecil untuk diajak bersama ke kelas tarian disinilah tempatnya!
Selain kelas tarian, mereka juga menyediakan aktiviti kecergasan dan pelbagai servis lain seperti teknik koreografi sendiri, kelas tertutup juga kelas vokal. Serba boleh bila anda ke Soul To Soul Dance Studio.
Alamat : 19 Jalan SS 23/11, SS 23, Taman Sea Petaling Jaya
No. Telefon : 03-7806 5852
Operasi : 10:00am-10:00pm
Facebook : Soul To Soul Dance Studio
Laman rasmi : http://www.soletosouldance.com/
TIP: Hanya 3Minit Untuk Kecilkan Peha Sebelum Tidur
Sazlan Dancers Studio
Sazlan Dancers Studio menawarkan kelas tarian untuk pelbagai peringkat umur, pilih sahaja Jazz Ballet, Hip-hop, Salsa, Modern, Zumba dan juga Tarian Tradisional Melayu semuanya ada.
Untuk pengetahun anda, pemilik studio tarian ini Encik Sazlan Mat Adnan pernah terlibat dengan konsert bersama artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Ziana Zain, Mawi dan juga konsert program Akademi Fantasia.
Alamat : No 169A Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-7732 3039
Operasi : (tidak dinyatakan)
Facebook : Sazlan Dancers Studio
Laman rasmi : http://sazlandancers.wixsite.com/home