Nak jadi berjaya, kenalah tiru cara dan ciri-ciri orang berjaya.
Apa yang dilakukan individu berjaya selain dari pengurusan masa yang strategik? Untuk merungkai persoalan itu, ayuh Wanista kongsikan.
#1 Bangun Dari Tidur Yang Lena
Tidur yang cukup adalah kunci kepada kejayaan yang sebenar. Jangan terus tidur, sebaiknya ambil masa untuk relaks dahulu sebelum anda terlena secara tenang. Mungkin anda boleh muhasabah diri, atau membaca buku sebelum anda tidur? Jangan lupa untuk matikan telefon bimbit anda untuk mengelak dari gangguan.
Sekurang-kurangnya, jika anda takut mendapat panggilan kecemasan sekalipun, matikan bunyi untuk notifikasi email, mesej, whatsapp, instagram dan sebagainya agar waktu tidur anda tidak terpengaruh dengan bunyi-bunyian itu seterusnya berasa terpanggil untuk membaca dan melihat notifikasi.
Jika tidur lena, keesokkan paginya mesti anda tidak akan liat untuk bangun awal, meneruskan hari secara produktif!
Baca Artikel: 9 HELAH MUDAHKAN RUTIN BERDANDAN SETIAP PAGI
#2 Gunakan Kalender Sebagai Buku Nota
‘To do list’ memang berguna tetapi kadang-kala ia terlalu serabut dan tidak teratur membuatkan anda suka menangguh-nangguh apabila melihat terlalu banyak pekerjaan yang harus disiapkan dalam sehari. Jangan wujudkan tekanan pada diri sendiri okay?
Kajian menunjukkan bahawa rata-rata individu hanya bisa menyempurnakan 41% tugasan yang tercatat pada ‘to do list’.
Jadi apa kata anda menyiapkan kerja berpandukan kalender. Tulis nota-nota kecil di kalender kerana itu membuatkan anda lebih ALERT! Kelaskan pembahagian tugas mengikut hari. Lebih terancang!
#3 Luangkan Masa Untuk Meditasi
Orang yang berjaya selalunya tidak akan terus meneguk secawan kopi sebaik bangun dari tidur, bahkan mereka akan meluangkan masa untuk menenangkan diri sebelum memulakan hari baru. Selain meditasi, anda juga boleh bersenam dan meregangkan otot badan. Ini kerana, pernafasan yang lancar akan bantu diri jadi lebih tenang. Sematkan sekali positiviti dalam diri! HUSNUZON! (bersangka baik).
#4 Berani Katakan Tidak
Jutawan Warren Buffet pernah berkata, “Perkara yang membezakan orang berjaya dan orang yang sangat berjaya adalah orang yang sangat berjaya katakan TIDAK pada kebanyakkan perkara”. Ingat, jangan membazir waktu kerana anda hanya ada 1,440 minit setiap hari untuk melangsaikan segala tanggungjawab dan amanah harian anda.
Kurangkan melepak dan berborak kosong. Jika ada perkara yang lebih utama, selesaikan itu dahulu dna barulah kembali kepada perkara-perkara sampingan.
Ya, meskipun dipaksa oleh rakan karib anda sendiri. Tolak pelawaannya dengan baik jika ia tidak memberi apa-apa kelebihan kepada anda.
#5 Makan Sarapan Sihat
Pengambilan sarapan juga mempunyai fungsi yang sama seperti waktu tidur yang cukup. Namun, ramai yang tidak peka akan pengambilan sarapan yang sihat, Justeru, pilih makanan yang baik seperti kekacang, telur dan bijirin untuk alas perut di waktu pagi.
Baca Artikel: ELAKKAN, 6 MAKANAN YANG BUAT ANDA JADI LETIH & NGANTUK
#6 Bersenam & Regangkan Badan
Telah terbukti bahawa sebarang senaman mampu meningkatkan mood seseorang. Antaranya adalah seperti yoga, zumba, pilates dan banyak lagi! Tetapi, apa yang anda tidak tahu sebenarnya, rutin regangan ringkas sahaja pun sudah cukup untuk buat hari pagi anda lebih bermakna.
Jika anda bisa meluangkan sekurang-kurangnya 5 minit setiap pagi untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri anda, ianya sudah cukup untuk beri diri anda peluang memulakan lembaran baru hari anda dengan sempurna.
Sebelum anda mandi dan menghirup kopi kegemaran anda, ambil masa lakukan 4 regangan ringkas.
Baca Artikel: MESTI CUBA! 4 REGANGAN YANG MAMPU MEMBERI NAFAS BARU KEARAH WAKTU PAGI YANG PRODUKTIF
#7 Berpakaian Serdehana Asalkan Selesa
Pening dan serabut sebenarnya apabila hendak memilih pakaian ke tempat kerja kan? Dalam kepala kita hendak pakai baju warna merah, tapi baju warna merah hilang pula. Entah di mana terselitnya. Bila dah jumpa, pening kepala pula seluar apa nak dipadankan bersama, tudung warna apa nak pakai dan bla bla bla… Tiada kesudahan. Oleh itu, pakai sahajalah apa yang terbaik. Asalkan ianya selesa dan bersesuaian dengan suasana pejabat anda mahupun majlis yang ingin dihadiri.
Paling penting, jika hendak mengelakkan stress ketika mencari pakaian, susun aturlah almari pakaian dengan rapi supaya mudah untuk anda mencari pakaian idaman serta mencapainya 🙂
#8 Cipta Rutin Kerja Tersendiri
Lain orang, lain gayanya. Cuba bereksperimentasi dengan diri anda sendiri. Mulakan kerja-kerja yang rumit dahulu barulah pergi kepada perkara yang lebih mudah. Namun, ada juga sesetengah individu merasakan bahawa kerja dengan perkara-perkara yang mudah dahulu membuka jalan yang lebih mudah untuk mereka menyelesaikan sesuatu perkara seperti membalas email dan sebagainya.
#9 Habiskan Sisa Harian Bersama Keluarga
Sebagai individu yang sudah berumah tangga. Janganlah anda terlalu kejam dengan hanya menumpu sepenuh masa dan tenaga untuk kerja semata. Hati orang rumah dan anak-anak juga harus dipenuhi. Tunjukkan kasih sayang sebenar anda kerana sebagai individu yang berjaya, anda harus tahu membahagi masa.
Perlukan masa bersama rakan-rakan? Utamakan keluarga dahulu kerana apa guna mementingkan kawan jika keluarga sendiri terumbang-ambing? Sebaliknya, jika habis waktu kerja, terus sahaja pulang ke rumah dan ambil tahu hal isteri dan anak-anak. Terutamanya jika anak anda masih bersekolah dan memerlukan perhatian yang sewajarnya dari kedua orang tua.
#10 Sambil Menyelam Minum Air
Belajar untuk lakukan dua hingga tiga perkara dalam satu-satu masa. Ada kajian mengatakan bahawa multitasking akan menjadikan anda kurang efisyen namun begitu, tidak salah rasanya untuk mendengar wawancara berita terkini di radio sambil memandu atau menonton DVD sambil melakukan larian di atas treadmill. Bill Gates sendiri pun melakukannya. Asah ketajaman IQ melalui cara ini.
Selamat beramal!