Siapa yang tidak kenal dengan isteri pemain bola sepak terkenal David Beckham dan juga bekas penyanyi kumpulan pop wanita Spice Girls, Victoria Beckham.
Beliau kini peneraju dunia fesyen dengan mempunyai rangkaian jenama pakaian sendiri di VICTORIABECKHAM. Ibu kepada 4 cahaya mata ini sering menjadi tumpuan dunia tidak kira apa yang beliau lakukan dan gayakan. Kemana-mana beliau pergi ada sahaja paparazzi merakam gerak-gerinya tanpa jemu.
Victoria jarang mengukir senyuman dikhayalak ramai, sentiasa kekal berperwatakan misteri dan beliau salah seorang memberi pengaruh fesyen ‘all black’ pilihan Hollywood. Sesuai dengan imej misteri, ditambah dengan gaya pakaian hitam Victoria tidak takut untuk diberi gelaran ‘boring fashion’ malah tampil dengan gaya hitam yang menarik dan menjadi ikutan penggemar warna hitam.
Walaupun gelap, serlah figura bentuk badan anda! Contohi Victoria yang meyarung skirt sedat duyung, untuk memberi bentuk kakinya lebih panjang dan pinggul seksi.
Hitam dan emas padanan yang lengkap untuk satu sama lain. Tambah aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan warna emas seperti Victoria, beri efek santai dan glamor.
Ragu-ragu untuk kelihatan manis dengan pakaian warna hitam. Cari fabrik yang menyerlahkan gaya manis anda seperti kain lace berbunga. Hitam manis gituh!
BACA: Fesyen Kasut Sneakers Dari Artis K-pop, Sandara Park
Gelap bukan pada hitam sahaja. Sekali-sekala matchkan penampilan hitam dengan pakaian warna gelap yang lain, seperti warna maroon, hijau gelap atau ungu.
Show some skins! Gayakan blaus ringkas tanpa lengan bersama seluar panjang untuk gaya ranggi.
Lengkap dengan aksesori gold yang sedia ada untuk kelihatan chic, padankan kemeja bersama denim hitam lusuh. Anda sedia untuk kelihatan berani!
Gaya Lelaki: 4 Pilihan Penampilan Kacak Harry Styles
Si penggemar hitam, Victoria Beckham bersahaja memakai stokin hitam bersama kasut tinggi beliau. Tidak nampak pelik malah lebih chic okay!
Gaya hitam tak lengkap tanpa long-coat. Sediakan satu long-coat hitam di dalam wardrobe anda. Sesuai digayakan ke pejabat atau majlis kasual.
Hitam bukan warna, tapi hitam ialah fashionista.