Perempuan manja kadangkala merimaskan.
Tapi kajian menunjukkan ada lelaki sukakan perempuan manja, sama ada manja bertempat, semula jadi atau dibuat-buat. Sebenarnya, semua perempuan ada ciri manja ini. Yang membezakan cuma banyak atau sikit.
Jom kita kenali jenis-jenis manja seorang perempuan.
Terlalu Manja
Mungkin pada awal perhubungan, lelaki suka kepada perempuan yang manja tetapi lama-kelamaan mereka akan mudah bosan dengan sikap kamu yang terlalu manja.
Awas, sikap kamu yang terlalu manja ini boleh dijadikan alasan buat si dia untuk berpaling kepada yang lain. Jangan menyesal di kemudian hari.
Buat-Buat Manja
- Foto – Pinterest
Sifat manja sebegini juga tidak berapa digemari lelaki. Bukan apa, jika kamu bersikap demikian kamu tidak akan kelihatan natural tetapi kelihatan mengada-ngada dan hanya membuatkan si dia berasa sakit hati dan menyampah saja.
Manja Seperti Kanak-Kanak
Pasti teman lelaki kamu akan cabut lari sekiranya kamu mempunyai sifat begini. Sikap kamu yang suka merengek seperti kanak-kanak kecil pasti akan memalukan dirinya terutama apabila berada di khalayak ramai. Jangan marah kalau dia tinggalkan kamu begitu saja.
Manja Bertempat
Sifat inilah yang paling digemari oleh lelaki. Mereka suka perempuan yang boleh bermanja dengannya, tetapi pada masa yang sama tahu situasi atau waktu yang sesuai untuk bermanja.
- Foto – Uniform
Bagi orang lelaki, mereka suka perempuan yang boleh berdikari. Gadis yang memiliki sifat begini akan lebih diburu lelaki.
Lelaki memang terkenal dengan sifat ego. Mereka hanya akan manjakan kamu tetapi mereka juga tidak suka dengan sikap kamu yang membuatnya seperti hamba atau malukan dia di khalayak ramai.
Jangan Selalu Minta Dimanjakan
Perempuan memang mengharapkan diri mereka dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. Apabila menghadapi masalah, mereka mengharapkan pujukan daripada lelaki. Sayangnya tidak semua lelaki memahami perkara ini dan kamu sebagai perempuan harus faham situasi ini.
Jika si dia berusaha memujuk jangan pula kamu masih tidak mempedulikan pujukannya. Sesekali tidak mengapa tetapi jangan diamalkan selalu. Kamu hanya membuatkan teman lelaki pening kepala melayan karenah kamu.
Asyik Minta Dimanjakan
Lelaki berbeza dengan perempuan. Biarpun dia mencintai kekasihnya, itu bukan alasan untuk lelaki memanjakan kekasihnya setiap saat, minit dan hari. Mungkin ada perempuan yang mengharapkan kekasihnya melakukan semua ini bagi membuktikan rasa cinta.
- Foto – Bloggers
Jika ingin menjadi kekasih yang baik, perempuan atau lelaki perlu memberikan ruang kepada pasangan masing-masing untuk melakukan kegiatan hariannya atau kegemarannya bersama kelompok masing-masing.
Bayangkan tentu lelaki akan rimas dan malas melayan jika perempuan asyik mahu berkepit apatah lagi mahu dimanja selalu.
Nak manja boleh tapi bertempat. Kalau setiap masa, memang letih tau.