Syarikat telekomunikasi U Mobile Sdn, Bhd yang menawarkan seleksi rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia baru sahaja mengumumkan gandingannya bersama dengan tiga lagi rakan kongsi baharu menerusi Video-Onz™, terdiri daripada Facebook, Netflix dan Twitter. Kini, sesiapa sahaja bisa menonton video seolah menonton televisyen di rumah tanpa had.
Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan Video-Onz™ dari U Mobile telah pun dilancarkan pada April 2016 lalu, membolehkan pelanggan menikmati penstriman video tanpa had selama 24 jam setiap hari secara percuma tanpa menggunakan data telefon pintar yang dibeli atau dilanggan.
Setakat ini, Video-Onz™ disertai 21 rakan kongsi menarik seperti Tonton, Astro on the Go, Dailymotion, Youtube, Iflix, StarliveViu, HyppTV dan banyak lagi termasuklah tiga rakan kongsi yang baru sahaja dilancarkan.
Video-Onz™ akan ditawarkan kepada para pelanggan U Mobile yang menggunakan pelan Hero P98, i130, Ultimate Device Plan 130 dan MB 128 di mana kesemuanya boleh menikmati penstriman video secara percuma tanpa perlu dikenakan cas data. Manakala pelanggan pascabayar, prabayar serta pengguna proadband, anda akan diberi data ekstra untuk menggunakan servis Video-Onz™.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.u.com.my <– KLIK