Era 1960 hingga 1980 boleh dianggap sebagai zaman kegemilangan fesyen yang menampilkan gaya penuh keanggunan. Era itu sememangnya terkenal dengan gaya glamor serba mewah namun tetap segar dan sofistikated.
Musim luruh ini, LYN telah menjelmakan semula kegemilangan fesyen era tersebut dalam dunia moden hari ini yang diberi nama Decade Revival – sebuah koleksi serba anggun yang menggabungkan pesona ikonik penuh ceria, dengan sentuhan kontemporari menarik.
Gaya anggun yang lain dari yang lain dengan padanan corak geometri dan warna-warna terang ini menjadi inspirasi utama koleksi kali ini. Padanan setiap helai busana akan menonjolkan lagi gaya si pemakai menerusi nilai estetik anggun yang menjadi tren masa kini. Sepatu tinggi dalam koleksi Musim Luruh/Sejum 2016 dihasilkan daripada material baldu lembut dan berkilau.
Corak anyaman dan jalinan pula menghasilkan tekstur timbul menarik. Selain itu, salah satu gaya yang paling diingati dari zaman itu adalah kasut platform tinggi yang melambangkan gaya sofistikated dan menonjol. Padanan kasut jenis ini dengan busana bercorak grafik akan menyerlahkan gaya penuh ceria dan berani.
Musim ini, rekaan beg menawan dan kasut berwarna terang dalam rona merah, hijau firus dan biru tua ditampilkan dalam gaya lebih moden. Kasut baldu berwarna-warni yang menyerlahkan gaya klasik dan menawan menerusi sudahan krom dan lembutnya menjadi pelengkap koleksi musim ini.
Penggunaan fabrik pelbagai warna yang menggabungkan warna merah jambu pekat dengan biru, merah hati dan warna coklat dan kuning terang dengan hitam, merah gelap dan hijau menghasilkan gaya moden klasik yang tak lapuk dek zaman. Koleksi LYN menjadi bukti bahawa fesyen di era paling glamor ini masih lagi relevan digayakan wanita moden hari ini.
LYN mempelawa anda menerokai pilihan fesyen hari ini yang terbuka luas dan menyelami gaya serba mewah yang ditampilkan dalam koleksi Decade Revival di kedai utama LYN. Dapatkan berita terkini di www.lynaccs.com, Facebook: lynmalaysiaofficial dan Instagram: lyn_malaysia