Drama berjudul Scarlet Heart merupakan antara drama yang paling dinantikan di Korea Selatan. Mengambil judul yang sama dengan drama bersiri popular Cina, Scarlet Heart bakal menemui penonton yang budiman bermula pada 29 Ogos, setiap Isnin dan Selasa pada jam 9 malam buat julung kali dan eksklusif hanya di saluran ONE.
Siri drama Cina asalnya telah dinobat sebagai antara produksi drama romantik paling popular di Asia dan penghasilan semulanya dalam versi Korea juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton termasuk pengamal industri sejak kali pertama ia diumumkan.
Membariskan pelakon-pelakon yang hebat, Scarlet Heart dihasilkan sama dengan drama Cina yang asal namun mengambil latar belakang dinasti Goryeo di Korea berbanding dinasti Qing di China. Teraju utama yang memegang watak antagonis dalam drama ini ialah pelakon, penyanyi dan komposer terkenal IU, yang berperanan dalam karektor masa silam jauh dari era moden kini. Di masa lalu, dia mendapati dirinya terperangkap antara kancah tipu helah rantaian politik dan cinta melibatkan putera-putera raja Goryeo yang dilakonkan oleh Lee Joon Ki, Kang Ha Neul, Hong Jong Hyun, Baek Hyun (anggota kumpulan EXO) Nam Joo Hyuk dan Ji Soo. Turut membintangi drama ini ialah aktres popular, Kang Han Na dan juga anggota kumpulan Girl’s Generation Seol Hyun yang memainkan watak puteri raja.
Drama bersiri ini diterajui oleh Kim Kyu Tae, yang sebelum ini pernah mengarahkan drama seperti That Winter, the Wind Blows. Scarlet Heart akan pra-dihasilkan sepenuhnya untuk jangka 20 episod dan sedang melalui proses pasca produksi selepas selesai penggambarannya pada awal bulan lalu.
Scarlet Heart akan ditayangkan pada 29 Ogos SERENTAK DENGAN WAKTU TAYANGAN KOREA, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam buat julung kali dan eksklusif hanya di saluran ONE.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.ONEtvasia.com.