“Walaupun di sesetengah negara mungkin ada yang menghalang tetapi kita di Malaysia. Kita belum sampai ke tahap itu,” jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Malaysia tidak membantah atau menghalang kemasukan aplikasi permainan virtual realiti, Pokemon Go ke negara ini.
Pokémon Go yang dilancarkan awal minggu ini iaitu sebuah permainan visual yang baharu. Namun, apa yang membuatkannya lebih menarik adalah permainan ini nampak sangat realistik berlatarkan alam nyata di mana, hanya dengan berpandukan arah serta kamera telefon pintar, secara tiba-tiba raksasa Pokémon akan muncul merata tempat dan pemain perlu menangkapnya -mengumpul seberapa banyak jenis raksasa demi melatih raksasa-raksasa tersebut untuk menyertai suatu pertarungan hebat dengan raksasa Pokémon milik orang lain.
Untuk lebih lanjut tentang Pokemon Go, anda boleh baca di sini – DEMAM POKÉMON GO! MELANDA & MENGAPA ORANG MULA KETAGIH DENGANNYA