Dari membeli, ada baiknya jika anda cuba membuat kek keju sendiri di rumah. Lebih puas jika makan air tangan kan?
Ini Wanista kongsikan bersama dengan anda resepi Cheesecake istimewa dari si jelita Khloe Kadarshian atau lebih mesra disapa dengan nama manjanya, Koko.
Caranya tidak begitu remeh, malah Khloe sebenarnya menggunakan teknik “water bath” untuk menyiapkan kek keju berkrim ini! Jom belajar.
Bahan Kerak:
- 1-2 cawan biskut bijian jenama “Digestive” (dihancurkan)
- 3 sudu besar gula
- 5 sudu besar butter (dicairkan)
Bahan Cheesecake:
- 5 blok “Cream Cheese” jenama Kraft Philadelphia (250g) (dilembutkan)
- 1 cawan gula
- 3 sudu besar tepung
- 1 sudu besar ekstrak vanila
- 1 cawan krim masam (sour cream)
- 4 biji telur
NOTA: Oleh kerana biskut jenama Nabisco Graham Crackers sukar untuk ditemukan di Malaysia, gantikan ia dengan biskut Digestive.
Cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 325°F / 163°C
- Hancurkan beberapa keping biskut Digestive. Jangan terlalu kasar dan jangan terlalu halus.
- Campurkan gula dan butter ke dalam biskut hancur tersebut. Gaul sebati.
- Masuk dan ratakan campuran biskut hancur ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit.
- Sementara kerak cheesecake sedang dibakar, masukkan cream cheese ke dalam mangkuk besar bersama ekstrak vanila, gula, tepung dan krim masam (sour cream). Gaul sebati menggunakan pemukul tangan (hand mixer).
- Periksa jika kerak sudah siap dibakar. Alihkan dari ketuhar untuk biarkannya sejuk sebentar.
- Pecahkan telur satu persatu untuk dipukul bersama campuran cheesecake berkenaan.
- Setelah selesai, masukkan campuran cheesecake ke dalam loyang berkerak, ratakan bahagian atas keju supaya bentuknya sempurna setelah dibakar nanti.
- Sediakan dulang pembakar yang berisi air setinggi 1 inci sebelum meletakkan loyang yang berbalut kertas aluminium di bahagian tengah-tengah dulang. Biarkan ia terendam kerana teknik “water bath” ini akan menghalang permukaan cheesecake dari menjadi retak.
- Bakar cheesecake selama 1 jam 5 minit.
- Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dijamu.
Selamat Mencuba!