Bayangkan anda sedang menyuap biskut bertekstur rapuh dan lemak berkrim ke dalam mulut anda sekarang, apa anda akan rasa? Sedapnya! Rasa nak lagi tak? 🙂
Jadi, apa kata penulis kongsikan resepi mudah bersama dengan anda, bagaimana hendak buat Biskut Sarang Semut.
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu akan kewujudan biskut ini. Alah boring kalau asyik makan samperit lah, Kuih Sampan lah, Makmur lah, Biskut Gajus lah atau Biskut Cip Coklat. Boleh cuba hidangkan biskut ringkas tapi sedap seperti Biskut Sarang Semut kepada tetamu tahun ni! Yang dapat pujiannya nanti anda juga kan…
Bahan:
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan buttercup/mentega/planta
- 3 sudu tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung kastard ***Kalau ikut timbangan gram = (Campuran kedua-dua jenis tepung mesti menjadi 400gram apabila digabungkan. Maksudnya, apabila tepung gandum 50g, tepung kastard mesti 350g)
- 1 biji kuning telur
- Esen vanila
- Mangkuk kertas. (adunan ini akan mendapat sehingga 100biji)
- Hiasan – Chocolate Rice atau Colored Rice yang berwarna-warni tu
- Pemarut keju
Cara:
Anda boleh bahagikan doh kepada beberapa bahagian sebelum membulatkan ia untuk dimasukkan ke dalam plastik atau bekas dan disejukkan di dalam peti ais beberapa ketika supaya mudah untuk memarut kemudian.
Jika tidak, anda juga bisa terus memarut, sebaik doh lembut yang telah siap diadun sebati seperti langkah nombor 3 di atas.
Langkah 4: Parut adunan seperti gambar di atas.
Langkah 5: Masukkan dalam paper cup dan hias dengan chocolate rice atau colored rice pilihan anda.
Langkah 6: Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit.
Siap! Jangan lupa simpan biskut yang telah dibakar dan disejukkan ke dalam bekas kedap udara supaya ia kekal rapuh dan rangup okay?
Oh ya, bolehlah ajak suami dan anak-anak anda buat biskut ni sekali. Seronok dan mudah je! Tang yang memarut tu best. Nampak macam keju 🙂 Selamat mencuba! Jangan lupa kongsi resepi ini bersama rakan-rakan anda!
SUMBER