Sepanjang bulan Ramadan – 6 Jun hingga 5 Julai – 11street (www.11street.my), e-mall yang pantas berkembang di Malaysia akan bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas untuk melancarkan kempen kebajikan ‘Do Good Deals’. Kempen tersebut bertujuan mengumpul dana untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dan menyediakan mereka dengan hidangan harian yang paling penting.
Di Malaysia, 11street memang terkenal di kalangan pengguna yang ingin mencari pelbagai jenis produk pada harga yang cukup menarik. Ingin membuat sedikit kelainan pada Ramadan kali ini, gergasi e-dagang itu melancarkan satu inisiatif kebajikan yang dikenali sebagai ‘Do Good Deals’. Ia menawarkan orang ramai peluang untuk Beli Sambil Memberi, menerusi pelbagai tawaran menarik di samping menjadi satu platform untuk para pelanggan melakukan kebaikan kepada komuniti.
Pada laman ‘Do Good Deals’ 11street, pelanggan boleh memilih untuk membayar harga sumbangan ke atas beberapa produk terpilih di mana harganya sedikit tinggi berbanding harga runcit yang dicadangkan. Apa jua wang tambahan yang disumbangkan oleh pembeli akan disalurkan dengan sebaiknya oleh 11street. Semua hasil sumbangan kemudian akan didermakan untuk membantu menyediakan makanan kepada kanak-kanak di sekolah di Malaysia.
Sumbang Makanan Kepada Seorang Kanak-kanak Dengan Hanya satu Klik
Bekerjasama rapat dengan Yayasan Kebajikan Budimas, hasil sumbangan daripada kempen ‘Do Good Deals’ 11street akan digunakan untuk membeli sarapan kanak-kanak kurang bernasib baik. Program ini dijadual bermula pada September 2016.
Inisiatif ini merupakan lanjutan kepada Dana Kebajikan Makanan Budimas yang telah diperkenalkan sejak tahun 2010. Ia bagi memastikan murid-murid yang datang dari keluarga miskin tidak pergi ke sekolah dalam keadaan lapar. Yayasan Budimas kini membantu lebih 6,900 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dengan menyediakan mereka sarapan pada setiap hari di sekolah.
Bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam inisiatif Beli Sambil Memberi, pelbagai produk yang terdiri daripada barang-barang runcit, produk isi rumah hinggalah elektronik akan dijual mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016. Jadi, pelanggan boleh melengkapkan kediaman masing-masing dengan apa jua barangan yang diperlukan untuk menyambut Hari Raya. Antara jenama yang bekerjasama dengan 11street termasuklah Tupperware, Kinohimitsu dan banyak lagi.
Inisiatif ‘Do Good Deals’ juga berada di bawah payung Kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ 11street. Ia menggabungkan semua produk, perkhidmatan serta promosi berkaitan Ramadan dan Hari Raya yang dimahukan oleh rakyat Malaysia di bawah satu bumbung. Bagi mendapatkan keperluan Ramadan dan Hari Raya anda, sila layari laman web 11street.my (www.11street.my) atau hubungi talian 03-2720 0000 untuk maklumat lanjut.