Berita baik untuk semua! Kedai rucit dan serbaneka yang popular di negara matahari terbit itu bakal dibuka di Malaysia dalam tahun ini!
QL Resources Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Maxincome Resources Bhd telah menandatangani perjanjian francais bersama FamilyMart Co Ltd yang berpangkalan di Jepun bagi memajukan serta memulakan operasi kedai runcit dan serbaneka FamilyMart di sekitar Malaysia.
Dalam makluman dari Bursa Malaysia pada 11 April lalu, QL resources mengatakan bahawa perluasan ke dalam perniagaan rangkaian serbaneka jenama FamilyMart di Malaysia secara tidak langsung bisa membuka peluang yang lebih besar untuk pertumbuhan ekonomi akan datang.
QL menjangka untuk membuka kedai FamilyMart yang pertama di Kuala Lumpur pada Disember 2016. Sementara, The Edge pula melaporkan bahawa syarikat berkenaan merancang untuk mempunyai hampir 300 buah cawangan dalam masa lima tahun.
Jenama itu juga telah menduduki di tempat kedua sebagai rangkaian serbaneka terbesar di dunia, dengan 17,540 buah cawangan di 7 buah negara.
Tak sabarnya nak lihat makanan jepun yang enak-enak di FamilyMart!
FamilyMart sangat disanjung di beberapa buah negara Asia termasuk Jepun, Korea Selatan dan Taiwan kerana ia menawarkan variasi jenis barangan harian berguna, minuman serta makanan snek yang bisa dinikmati secara ringkas. Antaranya seperti bebola beras (onigiri), hidangan nasi berlauk cara Jepun yang dipek bersama (bento) malah pasta.
Bukan itu sahaja, FamilyMart turut menyediakan kemudahan awam seperti khidmat kutipan pembayaran bil, jualan tiket wayang, mesin ATM serta mesin kesihatan untuk menguji tekanan darah!
Yang paling menarik, seperti kebanyakan kedai serbaneka lain, FamilyMart turut akan beroperasi selama 24jam setiap hari demi memberikan servis terbaik kepada para penggunanya!