Percayakah anda Ekstrak Cendawan Shiitake baik untuk kulit wajah? Penulis pun baru tahu akan fakta ini.
Untuk pengetahuan, Mary Kay memperkenal produk terbaru MelaCEP Plus+™ Luminous System. Sebarisan produk penjagaan kulit yang dirumus untuk wajah kilauan dengan 5 manfaat – rupa kulit serata, penghidratan, cerah, lutcahaya dan tulen. Produk baru MelaCEP Plus+™ Luminous System juga mengurang tompok hitam dan membantu melindung kulit dari cela akibat terdedah sinar surya serta lain-lain stres alam sekitaran.
Demi mengatasi punca rupa kulit tak serata, MelaCEP Plus+™ Luminous System telah diuji rapi untuk memberi keoptimaan kombinasi antara inovasi saintifik dengan sumber alami. Hasil selidik yang ekstensif, pembangunan dan ujian di makmal Mary Kay® telah menghasil MelaCEP Plus+™ Luminous System. Saintis Mary Kay menyelidik bahan alami dari seluruh dunia untuk mendapat ramuan terbaik, paling berkesan dan paling selamat untuk mengatasi rupa kulit tak serata.
Satu kajian sains yang mendalam tentang tone kulit yang tak serata telah dijalankan oleh Mary Kay supaya memberi fokus kepada pendekatan berbeza, tidak seperti produk ‘whitening’ lain. Para saintis pakar penjagaan kulit Mary Kay mendapati terdapat pelbagai sebab kepada tone kulit yang tak serata yang seharusnya ditangani secara individu untuk mencapai keputusan terbaik.
Hasilnya, terciptalah MelaCEP Plus+™ Luminous Complex, satu campuran yang bakal mendapat paten mengandungi ramuan botanikal yang mensasar melanin supaya melenyapkan tompok hitam. Campuran ini wujud dalam kelima-lima produk MelaCEP Plus+™ Luminous System — Ultimate Serum, Foaming Cleanser, Freshener, Mask and Ultimate Cream — kesemua menyedia manfaat penghidratan dan pencerahan yang tahan begitu lama. Sesuai dengan jenis kulit kering, normal, berminyak atau yang punya kombinasi semuanya, MelaCEP Plus+™ Luminous System mengandungi ramuan utama:
- Ekstrak Edelweiss – terbukti mensasar, membantu melenyap penyahwarnaan kulit.
- Ekstrak Algae – mensasar melanin membantu mengurang penyahwarnaan pada permukaan kulit.
- Asid amido Sayuran: terbukti menambah baik kecerahan kulit secara signifikan, memperelok tone kulit secara serata serta mengurang tampak tompok hitam pada kulit langsung tak perasan.
- Ekstrak cendawan Shiitake: Cendawan seperti shiitake mengandungi enzim khusus untuk penceriaan. Bahkan perusahaan kertas telah lama memanfaati penemuan enzim ini untuk menulen warna kulit pokok supaya menjadi kertas putih. (Hanya pada produk Cleanser, Freshen, Mask dan Ultimate Cream)
MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum mengandungi ekstrak pain maritim dan birch putih yang mensasar melanin, dan Heksilresorsinol yang mensasar glutation serta pigmen pada permukaan kulit. Glutation itu penting untuk proses penceriaan kulit. Namun bila umur kian meningkat, pengeluaran glutation berkurang manakala stres dan cemar sekitaran boleh melenyap aras kandungannya. Tambahan pula glutation boleh mengimpak melanocytes, yang menyebab melanin tampak pada kulit.
Sifat Khusus MelaCEP Plus+™ Luminous System Formula
- Difrumus khas dan diuji untuk kulit Asian
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Telah diuji ahli dermatologi
- Telah diuji untuk kerengsaan kulit dan alahan
Untuk info lanjut, anda boleh berhubunglah dengan Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay dekat kawasan anda di www.marykay.com.my / www.marykay.com.sg.