Bayangkan hanya untuk mendapatkan nombor giliran membeli tudung Fareeda, ratusan pelanggan sanggup bersesak bahkan berhimpit dan tolak-menolak sambil menjerit antara satu sama lain.
Begitulah situasi dalam video berdurasi 16 saat di Facebook yang memaparkan pelanggan yang bersesak untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian koleksi baharu tudung Fareeda, Sweet Love.
Hal ini menyebabkan netizen mempertikaikan teknik promosi ini kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran. Beberapa netizen turut berhujah bahawa situasi begini begitu ironik memandangkan Fareeda menjual tudung yang menjadi unsur pematuhan agama namun para pelanggan berhimpit tanpa mengenal jantina untuk mendapatkannya.
Malah, berikutan viral video tersebut, Wardina Safiyyah tampil memberi teguran kepada pemilik butik yang terbabit.
Wardina menerusi laman Facebooknya Wardina Safiyyah OfficialPage memberi teguran supaya pemilik butik berkenaan tidak merendahkan dan melayan pembeli seperti kambing atau lembu.
Ini pandangannya:
Bismillah. (Baru tengok video viral satu butik tudung) Saya mengharapkan pemilik butik tudung…. janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia. Kalau dah tahu akan ada sale gergasi dan sebagainya.. maka guna lah sistem nombor giliran, register online, gunalah Email, text dan bermacam2 sistem lagi zaman serba canggih ni. Tak pun letak lah staff banyak sikit kawal keadaan. Sediakan premis yang lebih besar. Tidaklah ada apa yang perlu anda banggakan apabila ramai pembeli menjerit dan berhimpit di hadapan kedai anda. Ianya amat amat amat amat memalukan. Nak buktikan apa? Tudung anda hebat? Dengan melayan dan membiarkan mereka sebegitu? Tak ada hebatnya butik yang membiarkan manusia merendahkan taraf diri mereka sebegitu rupa. Treat your customers with honour and resect… you can at least give them a proper line to que up. It is down right sickening and utterly degrading. The boutique owners must take responsibility for not properly organizing the event. As if it was done on purpose. You do not… I repeat you DO NOT treat people like cattle. Astaghfirullah. And it’s not the first time. Speechless.