Brisk walk bukan jalan santai-santailah sayangku!
Rupanya masih ramai yang tak tahu cara yang betul untuk amalkan senaman brisk walk. Ada yang andaikan brisk walk sama seperti berjalan di pusat membeli-belah atau taman permainan. Kaedah brisk walk ada cara tersendiri yang dapat membantu menurunkan berat badan dan melancarkan peredaran darah. Malah brisk walk juga sesuai dijadikan senaman ringan untuk mengurangkan stress dan rasa depresi.
Kelebihan brisk walk;
- Merembes hormon endorfin (kegembiraan)
- Meningkatkan ketahanan imunisasi tubuh badan
- Melancarkan peredaran darah dan menstabilkan degupan jantung
- Mengurangkan risiko diabetes dan sarah tinggi
- Menurunkan berat badan serta membakar lemak lebih efektif
- Merangsang otot kaki serta tangan
Cara betul brisk walk;
Untuk mengetahui capaian yang tepat brisk walk ialah dengan kamu masih boleh berbual sambil berjalan. Walaubagaimanapun, jika kamu boleh menyanyi semasa berjalan ini bermakna kelajuan dan jarak langkah masih tidak dikategorikan sebagai brisk walk. Sebaiknya gunakan aplikasi pintar atau jam pintar untuk mengawasi langkah dan degupan jantung.
- Badan tegak dan kehadapan. Elakkan muka tunduk kebawah.
- Tangan diangkat 90 darjah dan hayun secara santai. Pastikan pinggang tidak melenggang.
- Bahagian bahu, leher jangan terlalu tegang. Rileks.
- Lakukan brisk walk selama 13-30minit dengan kadar 100 langkah seminit.
- Para pemula selalunya dapat lakukan 5km dalam masa satu jam. Kemudian dapat menghabiskan 6-6.5km seterusnya.
Brisk walk sangat sesuai untuk mereka yang mengalami kesukaran waktu dan lokasi bersenam. Selamat mencuba!