Seperti kita sedia maklum, ekstrak lendir siput mempunyai banyak khasiatnya. Lendir siput berasal daripada rembesan yang digunakan oleh siput untuk membantu mereka bergerak dan kekal lembap dalam cuaca kering. Ia mengandungi bahan-bahan penjagaan kulit yang bermanfaat seperti hyaluronic acid, allantoin, glycolic acid, dan peptides.
Tapi perasan tak kebelakangan ini banyak yang beralih ke Bean Essence daripada Snail Mucin. Bean Essence terhasil daripada pati kacang. Dua bahan penjagaan kulit yang popular pada masa ini dikatakan ada kebaikannya tersendiri. Tetapi apakah perbezaan antara kedua-dua bahan ini dan yang mana satu lebih sesuai untuk kulit kamu?
@skincupid The iconic COSRX Snail 96 Essence has been a cult favourite in the West 🐌 While it has become a staple over here, the Mixsoon Bean Essence is all the rage in Korea!🫘 The Mixsoon Essence is actually a vegan alternative to the Snail Mucin Essence and can be used by those allergic to snail and dust mites. The two essences have similar consistency and both hydrate the skin, but Mixsoon’s essence also doubles as an exfoliator! Which one are you choosing? 😘 💗Available at www.skincupid.co.uk 🤍COSRX Snail 96 Mucin Viral essence formulated with 92% Snail Mucin to repair, strengthen, and brighten the skin. It’s also has anti-ageing properties and helps to plump up and improve the overall appearance of the skin! 🤍MIXSOON Bean Essence This award-winning Essence helps to improve skin texture and refine pores by gently exfoliating dead skin with Soybean and Pomegranate Extracts. With nourishing mad anti-ageing properties, it also strengthens, revitalises, and gives your skin a glow! #cosrxsnailessence #mixsoonbeanessence #koreanskincare #kbeautyskincare #viralskincare #snailmucin
Snail Mucin terkenal dengan sifat penghidratan dan pembaikan. Bean Essence kaya dengan antioksidan dan vitamin yang menyuburkan dan melindungi kulit.
Snail Mucin biasanya mempunyai tekstur seperti gel yang cepat diserap ke dalam kulit, manakala Bean Essence selalunya mempunyai konsistensi yang lebih ringan dan berair yang mudah diserap.
Selain itu, Snail Mucin terkenal dengan keupayaan untuk mengurangkan jerawat dan memudarkan parut kerana sifat regeneratifnya. Bean Essence pula boleh membantu menyekatakan kulit dan mengurangkan keradangan.
Kedua-dua bahan ini secara amnya sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang sensitif. Mana satu yang lebih bagus? Bergantung juga pada keadaan kulit kamu.