Acara Met Gala kini kembali untuk tahun 2024! Kali ini tema dan kod pakaian untuk tetamunya ialah “Garden of Times”, yang diilhamkan oleh cerpen dystopian 1962 oleh JG Ballard.
Jadi apa yang kamu boleh jangkakan, para tetamu akan menghiasi red carpet dengan pakaian pilihan mereka. Sama ada daripada kepingan arkib, bunga-bungaan hingga ke unsur alam semula jadi.
Dan memandangkan semalam telah berlangsungnya acara gah ini, Miss Murai kongsikan dengan kamu 10 pakaian terbaik dan paling glamor daripada tetamu yang menghiasi red carpet Met Gala 2024!
1. Mona Patel: Usahawan India ini memilih gaun Iris Van Herpen yang menampilkan rama-rama kinetik yang di bahagian lengan. Mencuri perhatian, gaunnya ini dikatakan menepati tema tahun ini kerana perincian unsur arca, fabrik marmar, scalloped train dan rama-rama bergerak.
2. Lana Del Rey: Menariknya gaun custom daripada Alexander McQueen ini, ada dahan-dahan pokok mencucuk fabrik tulle yang membentuk seperti kanopi di bahagian kepalanya. Sangat epik!
- Foto – Dazed / Reddit
3. Taylor Russell: Gaun Loewe yang digayakannya menampilkan molded bodice 3D dan draped skirt putih yang mempunyai belahan tinggi.
- Foto – Tumblr / The Independent
4. Zendaya: Gaun sculptural tulle oleh Maison Margiela Couture itu dipadankan dengan solekan berinspirasikan gothic dan headpiece ala-ala watak Carrier Bradshaw.
- Foto – US Weekly / People
5. Nicki Minaj: Padanan warna kuning terang pada gaun berstruktur bunga-bungaan buatkan penampilan Nicki Minaj nampak sangat onz!
- Foto – Vogue / ABC News
6. Tyla: Strapless dress oleh Balmain ini diperbuat daripada tiga warna pasir yang dicampur dengan studs kristal mikro. Psst… Guna pasir betul tau!
- Foto – Harper’s Bazaar / Dazed
7. Rebecca Ferguson: Rekaan Thom Browne yang sangat misteri dan dramatik! Pada awalnya kamu akan nampak seperti cape hitam sahaja. Tetapi bila dibuka, bahagian dalamnya menampilkan gambaran unggas dan gaun labuci yang berkilauan!
- Foto – UPI / Los Angeles Times
8. Ayo Edebiri: Padanan Gaun bunga 3D appliqué daripada Loewe dan aksesori diinspirasikan oleh bunga serta burung membuatkan penampilannya lebih menonjol.
- Foto – Vogue
9. Gigi Hadid: Gaun Thom Browne menampilkan korset sutera putih moiré dengan bahagian tepinya dijahit satin hitam. Bahagian atas gaunnya dihiasi dengan bunga ros kuning dan 2.8 juta bugle beads.
- Foto- US Weekly / NBC News
10. Alia Bhatt: Sari buatan tangan oleh Sabyasachi ini menggunakan fabrik ruffle dan tassels; diperincikan dengan train yang dramatik, labuci dan batu permata yang jarang ditemui.
- Foto – @aliaa08 (X)
Kongsikan dengan Miss Murai, look mana yang paling menarik perhatian kamu!