Fuhh… Boleh tahan seksi ye Jennie!
Ketika Met Gala tahun lepas, rapper BLACKPINK ini tampil dengan penampilan yang sweet innocence. Dan untuk tahun ini pula, Jennie tampil menggayakan minidress yang sangat seksi dan daring!
Minidress yang dibuat khas oleh Alaïa itu menggunakan fabrik ruched dengan siluet cutout di bahagian hadapan.
- Foto – Billboard
Bahagian atas minidress ini menampilkan garis leher yang tinggi dan one-sleeve shoulder yang membentuk train yang panjang. Manakala bahagian bawahnya pula seperti wrap skirt dengan belahan yang tinggi.
- Foto – Elle / WWD
Jennie turut menggenakan beberapa aksesori seperti belly chain anting-anting mutiara yang sepadan. Gaya rambutnya pula adalah sleek ponytail, memberikan satu clean look yang sangat glamor!
- Foto – Bazaar
Sekadar info, Pieter Mulier mengambil masa lebih daripada 200 jam untuk mencipta minidress ini. Menariknya minidress ini hanya menggunakan fabrik ruched sebanyak 13 meter.