Bila tekstur pekat dan creamy senang nak blend concealer!
Sebenarnya kalau pakai foundation sahaja untuk base solekan tidak cukup. Wajah kamu akan nampak sedikit flat dari biasa. Jadi penggunaan concealer amat wajar untuk menghidupkan bentuk wajah asli kamu. Walaubagaimanapun, banyak jenama concealer yang terbaik di pasaran. Mana satu yang bagus?
Miss Murai cadangkan untuk kamu mencuba tekstur concealer yang lebih pekat dan creamy. Ia biasanya concealer jenis krim atau dipanggil liquid. Concealer ini bukan sahaja mudah blend, ia boleh memberi litupan yang baik untuk menutup cela. Malah kamu boleh dapati pelbagai formula yang anti-kerak dan anti-capuk.
Buat kamu yang menggemari solekan tebal atau high-coverage. Concealer pekat begini amat memuaskan hati. Ini enam pilihan dari Miss Murai untuk para pembaca;
- NARS Radiant Creamy Concealer
Ini adalah concealer terbaik yang ada dipasaran. Ia telah menjadi kegemaran para MUA profesional antarabangsa. Formula yang pekat dan mudah blend membuatkan ia mampu dijadikan sebagai base solekan yang tahan lama.
- HOURGLASS Vanish™ Airbrush Concealer
Peminat jenama solekan high-end wajib cuba concealer HourGlass ini. Ia memberi liputan dari medium – high coverage. Pun begitu ia ringan pada kulit dan mempunyai rangkaian rona yang mengagumkan.
- RARE BEAUTY Liquid Touch Brightening Concealer
Menariknya tentang concealer Rare Beauty ini ia mempunyai kemasan kilatan. Ia membuatkan kulit tampak berser-seri dengan formula hidrasi didalam. Jika kamu ada masalah pigmentasi, ini boleh jadi penawar sementara.
- FENTY BEAUTY We’re Even Longwear Concealer
Sesuai dengan namanya, concealer pekat dan ringan ini tahan lama untuk tidak bercapuk. Ia bukan untuk high-coverage girls, formulasinya sesuai untuk mereka yang sukakan solekan natural, berseri dan pantas. Apa yang paling best, Fenty Beauty menyediakan lebih dari 60 rona!
- NATASHA DENONA HY-Glam Concealer
Sudah ramai beauty influencer memuji-muji concealer dari jenama MUA profesional ini. Ia concealer pekat dengan formula matte. Jadi ia amat cocok untuk kamu yang memiliki wajah berminyak. Concealer jenis creamy ini bukan sahaja baik untuk menutup cela. Malah dapat mencerahkan bahagian wajah pilihan kamu.
- MAKE UP FOR EVER HD Skin Concealer
Satu lagi concealer pekat, matte yang sesuai untuk kulit berminyak. Ia amat mudah untuk blend dan menariknya formulasi pekat begini tidak memudaratkan kulit. Seperti yang kita tahu ada formula yang menyebabkan kulit naik jerawat dan kering. Pun begitu concealer pekat OG dari Make Up For Ever sudah laris bertahun-tahun.
Concealer pekat dan creamy ini juga sesuai sebagai solekan tanpa foundation. Kamu boleh menggunakan rona concealer yang seakan-akan warna kulit. Cuma letak tipis pada parut jerawat, lingkaran bawah mata dan bahagian tinggi tulang muka. Kemudian blend sebaiknya. Hasilnya kulit tampak flawless.
Selamat mencuba!