Kat mana-mana ada sahaja oval soft cookies ini!
Nampaknya ada cara baru nak nikmati soft cookies dengan lebih mudah dan cepat. Kini oval soft cookies jadi medan tumpuan untuk peminat kek dan pencuci mulut. Mana tidaknya dari bentuk yang comel, saiz sederhana (makan puas hati), dan sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Ramai pemilik bakeri mula memperkenalkan oval soft cookies.
Rupanya tidaklah susah mana untuk sediakan cookies lembut ini. Ia sama seperti cookies yang lain cuma kau wajib ada acuan bentuk oval. Jangan risau, Miss Murai percaya ia tersedia di kedai-kedai menjual bahan dan alatan bakeri. Nah, ada seorang pemilik bakeri berkongsi resepi mudah untuk menyediakan oval soft cookies. Terima kasih @fiqafoodie yang tak kedekut ilmu untuk resepi ini;
Cara penyediaan;
- Brown butter (115gram butter yang dimasak hingga keperangan)
- Gula perang 150gram
- Gula kastard 50 gram
- 1 biji telur
- Sedikit esen vanila
- 175 gram tepung gandum
- 1 setengah sudu baking soda
- Kepingan coklat / cip coklat
Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Masukkan dalam bekas acuan berbentuk oval. Sebaiknya berat adunan 100 gram didalam acuan. Tekap dan tekan adunan sampai sekata. Kamu boleh tambah lagi cip coklat dibahagian atas adunan tadi. Pastikan korang sejukkan (chiller) dahulu adunan ini sebelum bakar.
Pre heat oven 170 – 180 darjah celcius dan bakar dengan suhu yang sama untuk 12-15 minit.
Kamu boleh hidangkan oval soft cookies ini dengan susu segar sejuk.
Selamat mencuba!