Baru-baru ini Miss Murai ada terbaca mengenai perkaitan Kate Middleton dan warna hijau. Jika kamu perasan, Kate nampak sangat menyerlah dan berseri apabila memakai pakaian dalam warna tersebut.
Tak kiralah pakai untuk acara rasmi kerajaan atau majlis kasual, tak dinafikan warna ini memang sesuai dengannya. Kalau kamu nak tahu, pakar warna iaitu Gabriella Winters ada kongsi mengapa warna ini sangat sesuai dengan isteri Putera William itu.
Menurut Gabriella, pakaian warna hijau lebih sesuai dengan warna matanya. Ini kerana warna matanya kelihatan sedikit gelap dan lebih lembut, bergantung kepada pencahayaan. Tambahnya lagi, warna hijau sering dikaitkan dengan alam semula jadi, membuatkan ianya sesuai dengan personaliti Kate yang sangat sukakan alam semula jadi.
Jom sama-sama scroll dan lihat bagaimana warna hijau ini compliment setiap gayanya.
Wajahnya nampak lain dan semakin berseri apabila menggunakan pakaian warna hijau kan?