Jenama ikonik, The Ordinary telah menambah satu ciptaan terunggul ke dalam barisan produk retinoidnya, khas untuk mereka yang mencari alternatif yang terkini.
Penambahan tersebut adalah Retinal 0.2% Emulsion yang menggunakan formula anti-penuaan yang berkuasa. Menariknya tentang Retinal 0.2% Emulsion ini, ianya 10 kali ganda lebih cepat dan berkesan daripada retinol.
Inovasi ini menyasarkan pengurangan garisan halus, tona kulit tak sekata, tekstur kulit dan lebih keserian dalam masa dua minggu. Manakala penampilan kedutan dan crow’s feet berkurang dengan ketara selepas 6 minggu.
Ini apa yang kamu perlu tahu tentang produk Retinal 0.2% Emulsion;
Apa Bezanya Dengan Produk Retinol?
Sebenarnya retinal dan retinol adalah derivatif Vitamin A dan kedua-duanya adalah retinoid. Tetapi apa yang bezakannya adalah retinal merupakan molekul yang lebih kuat dan banyak, menjadikannya ia lebih berfungsi cepat pada kulit.
- Foto – The Ordinary
Walaupun ianya lebih berkesan, penting untuk kamu tahu retinal tidak sesuai untuk semua orang terutamanya beginner. Ini kerana kamu berkemungkinan akan menghadapi kerengsaan atau kekeringan kulit yang lebih ‘teruk’.
Retinal 0.2% Emulsion mempunyai ekstrak oat yang berfungsi untuk menenangkan kulit.
Cara Nak Guna Retinal 0.2% Emulsion
Miss Murai syorkan hanya mereka yang sudah menggunakan retinol (dan sudah menambah kepekatan mengikut ketahanan kulit) sahaja yang menggunakan produk ini.
- Foto – The Ordinary
Cara untuk gunakannya pula, Retinal 0.2% Emulsion lebih sesuai digunakan pada waktu malam. Di mana semua manfaatnya mula bertindak dan berkesan semasa kamu sedang tidur. Sangat disyorkan untuk kamu menggunakan sunscreen di waktu siang. Ini kerana kulit boleh menjadi lebih sensitif apabila terdedah dengan sinaran UV.
Tips Pilih Formulasi Yang Sesuai
Nasihat Miss Murai, beginner perlu mula dengan retinol yang mempunyai kepekatan yang lebih kecil. Kemudian sesuaikan ikut ketahanan kulit dari semasa ke semasa seperti:
1. Pengguna retinoid pertama kali
- Retinol 0.2% in Squalane: Berbentuk seperti minyak, berkekuatan rendah dan bagus untuk beginner.
2. Pengguna retinoid sekali-sekala
- Granactive Retinoid 2% Emulsion: Formulasi berkrim yang cukup kuat tetapi meminimumkan kerengsaan.
3. Pengguna retinoid yang advanced
- Retinol 0.5% in Squalane: Formulasi minyak sesuai untuk pengguna retinoid sekali-sekala yang mencari retinoid berkekuatan sederhana.
- Retinol 0.2% in Squalane: Lebih tinggi berbanding Retinol 0.5% in Squalane dengan manfaat penghidratan tambahan.
- Granactive Retinol 5% in Squalane: Formula yang lebih advance memberikan sokongan umur dan penghidratan.
4. Pengguna retinoid yang expert
- Retinal 0.2% Emulsion: Kepekatan yang tinggi dapat membaiki penampilan pelbagai tanda penuaan.
Dapatkan Retinal 0.2% Emulsion ini pada harga RM90, dan kamu boleh belinya di [SINI].