Miss Murai faham sangat kalau ada sesetengah daripada kita teringin nak masukkan retinol dalam rutin penjagaan kulit, tetapi tak berani. Bagi Miss Murai, kamu boleh cuba bakuchiol (pengganti retinol dan mempunyai fungsi seakan sama) terlebih dahulu.
Menjadi alternatif kepada retinol, bakuchiol ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mahu mahukan kesan sampingan yang minimal dan juga kepada mereka tidak sesuai menggunakan retinol.
- Foto – New York Post
Menggunakan bahan yang lebih semula jadi, bakuchiol ini diperbuat daripada ekstrak daun biji bunga Babchi. Ia mengandungi bahan antioksidan yang sangat kuat dan dapat menangani beberapa masalah kulit. Antaranya adalah kurangkan perubahan tona kulit, berikan kesan menenangkan, minimumkan garis halus dan kedutan.
Sejujurnya bagi Miss Murai, bakuchiol ini pilihan terbaik untuk kamu yang mempunyai kulit jerawat, ada penampilan garis halus dan kedutan, tekstur kulit kasar serta tona kulit tak sekata.
Cara untuk gunakan bakuchiol dalam rutin penjagaan diri:
- Foto – Bellecote Paris
- Untuk beginner, guna sebanyak 1-2 kali sheari selepas mencuci, toning atau leave-on AHA/BHA exfoliate.
- Jika guna serum bakuchiol, sapu pelembap dahulu.
- Jika pelembap bakuchiol, guna selepas oleskan serum.
- Jika minyak bakuchiol, lebih sesuai guna pada waktu malam.
Berbanding retinol, bakuchiol juga boleh digunakan oleh wanita hamil dan menyusukan anak. Tetapi better be safe than sorry, Miss Murai syorkan sebelum guna, kamu dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor.