Cuaca panas atau hujan topi baseball boleh jadi teman!
Antara gaya fesyen kasual yang sentiasa mendamba hati peminat street style. Tidak kira apa jua top and bottom kamu, tatkala menambah topi baseball terus menjadi lebih ringan dan bersahaja. Namun begitu kamu perlu tahu, terdapat banyak siluet topi baseball. Dua rekaan yang sentiasa menjadi pilihan ialah shallow dan medium. Potongan yang lebih kecil atau fit pada kepala membuat satu look kamu kemas dan rileks.
Menariknya lagi, para selebriti gemar mengayakan topi baseball untuk mengelak dari paparazzi. Malah, ada yang memakai topi baseball kerana malas mengayakan rambut atau sekadar menutup wajah tanpa solekan. Bagi mereka yang berhijab juga, topi baseball membuatkan gaya hijab lebih moden chic. Ia turut menjadikan bentuk wajah lebih kecil jika kamu memakai hijab seperti shawl.
Pilihan warna untuk topi baseball yang ‘senang masuk’ dengan semua outfit ialah dari warna-warna neutral seperti beige, coklat atau nude. Walaubagaimanapun warna klasik seperti biru denim dan hitam wajib ada dalam wardrobe kamu! Bagi memberi topi baseball kamu lebih standout. Kamu boleh pilih topi baseball dari jenama atau logo-logo popular seperti NY, Polo atau pelbagai jenama sukan seperti Nike atau adidas sebagai contoh.
Padanan yang melengkapkan lagi topi baseball kamu sudah tentu kaca mata hitam,jeans dan sneaker. Namun itu semua hanya ikut selera masing-masing. Penggayaan topi baseball tiada had pada gaya kasual semata-mata. Kamu boleh lihat idea topi baseball dengan dress atau gaun malam yang memberi dimensi fesyen yang berbeza.
Siapa yang belum ada satu topi baseball, cuba dapatkan! Harus simpan satu dalam beg tote sebelum keluar rumah. Selamat mencuba!