Mungkin ada yang tak tahu, selama ini seorang wanita telah berlakon menjadi Kate Middleton!
Selepas menjalani pembedahan perut; Puteri Wales iaitu Kate Middleton mengejutkan orang ramai dengan berita ‘kehilangannya’ selama tiga bulan. Tiada sebarang update mahu gambar, Miss Murai agak terkejut apabila sebuah posting beberapa individu yang mendakwa seorang wanita telah menyerupai Kate.
Pelanduk dua serupa tersebut ialah Heidi Agan, seorang ibu tunggal yang pernah bekerja sebagai pelayan di restoran. Dan kini dia bekerja sebagai ‘pelakon’ profesional yang bertindak untuk menggantikan isteri Putera William itu. Pernah dikongsikannya, dia diminta untuk berlakon sebagai Kate ketika Puteri Wales itu sibuk dengan urusan peribadi seperti kehamilan, perkahwinan dan sebagainya.
Berkat rupa paras yang seakan-akan seperti isteri Putera William itu, kerjaya Heidi sebagai ‘Kate’ telah membuatkan hidupnya berubah seratus peratus. Kini lebih senang berbanding dahulu; apabila mendapat bayaran yang boleh mencecah sekitar £10,000 (RM59,715) dalam masa seminggu selepas menjadi Puteri Wales.
Rasanya kalau tak perhati rupa parasnya dengan lebih dekat dan teliti, tak ada yang tahu Heidi Agan sebenarnya menyamar menjadi Kate Middleton kan?