Kasut wedges memang selesa sangat!
Gara-gara pembukaan fesyen musim bunga Chloe pada Mac lalu. Kasut wedges kembali menjadi pujaan ramai. Barisan hadapan tetamu Chloe sedondon dengan kasut wedges tebal dari jenama mewah tersebut. Ia menjadi bisikan panas di media sosial dan mengembalikan rekaan kasut ikonik tersebut.
Miss Murai juga peminat kasut wedges sekitar tahun trend 2013 hingga 2015. Ia kasut tumit tinggi yang cukup selesa dan menawarkan kestabilan berjalan serta berdiri. Jika ikut pengalaman Miss Murai, kasut ini berlari kejar LRT pun boleh! Malah ia sesuai untuk gaya kasual atau santai mahupun chic glamor.
Buat kamu yang mahu bergaya semula dengan kasut weges. Miss Murai ada beberapa pilihan yang sesuai untuk trend 2024. Ia lebih moden, minimalis dan anggun;
- MARIE CLAIRE Flaire Women White Wedges 7701332 [RM159]
- MELISSA Pose Lilac [RM171.60]
CROCS Skyline Slide [RM189.90]
- NELISSA HILMAN Norah Wedge Heels (Gold) [RM328]
- BONIA Pippa Platform Wedges [RM499]
Selamat bergaya dengan wedges!