Hanya bawah RM150 jer di Sephora!
Produk mekap yang lebih ringkas dan mudah dibawa kemana-mana sudah menjadi lazim sekarang. Bahkan ramai yang mula menyukai produk yang pelbagai guna sebagai contoh satu rona untuk pipi dan bibir. Gaya ini juga membuatkan solekan tampak semulajadi atau wajah kelihatan segar-bugar seolah-olah tanpa memakai sebarang solekan.
Sudah banyak jenama mekap yang mengeluarkan produk 2 dalam 1 bagi memudahkan pengguna. Pun begitu, Miss Murai mahu berikan yang terbaik untuk pembaca untuk memilih. Malah senarai dibawah juga produk pemerah pipi dan bibir dengan harga bawah RM150. Kamu boleh dapatkan di stor Sephora atau lakukan belian secara dalam talian.
Menariknya all in on blush kali ini semuanya dari tekstur cecair atau krim. Ia mampu bertahan lama atas kulit dan memberi warna yang seakan kulit. Kamu juga boleh jadikan produk ini sebagai pemerah pipi lapisan bawah sebelum layah dengan pemerah pipi jenis powder. Supaya dapat memberi kesan warna yang lebih menyerlah dan kekal lama. Manakala untuk bibir pula, kamu boleh gunakan sebagai pelembab bibir!
- Sephora Collection All-In-One Cream Color Blush [RM75]
- Wander Beauty Double Date Lip and Cheek Duo [RM120]
- Stila Convertible Color Two-in-One Lipstick and Blush [RM122]
- Nudestix Gel Color Lip + Cheek Balm [RM129]
- Benefit Cosmetics Floratint Desert Rose-Tinted Lip & Cheek Stain [RM136]
Selamat membeli-belah!