Siapa sangka gaun yang nampak simple pun dilelong sehingga berbilion-bilion harganya.
Baru-baru ini, rumah lelongan Julien’s Auction telah membuat lelongan yang bertemakan “Icons: Playboy, Hugh Hefner and Marilyn Monroe“. Menerusi lelongan tersebut, Miss Murai tertarik dengan gaun pink milik Marilyn Monroe yang dilelong di acara tersebut.
Direka oleh Emilio Pucci, gaun pink yang menggunakan material silk jersey itu telah digayakan oleh Marilyn Monroe ketika menjalani penggambaraan bersama Vogue. Gaun potongan lurus tersebut turut dihiasi dengan tali pinggang yang dihiasi dengan crystal tassel.
Walaupun gaun Marilyn ini nampak sangat simple sahaja, tetapi ada dua fakta menarik di sebaliknya. Kalau kamu nak tahu, cuba scroll dan baca sampai habis!
#1 Penggemar Koleksi Emilio Pucci
- Foto – Cassi Rithcie (Blog)
Sepanjang Marilyn hidup, aktres ini bukan sahaja memiliki satu atau dua pakaian yang direka oleh Emilio Pucci, tetapi seluruh koleksinya. Menurut beberapa sumber, Marilyn suka mengumpul pakaian yang direka oleh Emilio dalam pelbagai warna berbeza dan antara warna kegemarannya adalah merah terang, hijau daun, rona pink, mauves yang menonjol dan biru tua.
#2 Dikebumikan Dalam Pakaian Emilio Pucci
- Foto – Forbes
Buat kamu yang tidak tahu, ketika Marilyn meninggal dunia, aktresi ni telah dikebumikan dengan memakai pakaian Emilio Pucci yang serupa dengan gaun pink yang dilelong. Selain gaun, Marilyn turut dipakaikan tali pinggang manik dalam rona hijau.
Berukuran dalam saiz 10, gaun pink Marilyn ini dijual lapan kali ganda iaitu $325,000 berbanding harga lelongan sekitar $40,000-$60,0000.