Tahun 2024 memang untuk Daiyan Trisha!
Dara, manis dan sofistikated itu yang dapat menggambarkan Daiyan Trisha. Bukan sahaja pelakon, penyanyi, usahawan malah kini seorang penulis. Daiyan Trisha ialah seni.
Miss Murai amat suka melihat perkembangan kerjaya dan gaya fesyen si manis ini di Instagram. Nampaknya warna kegemaran Daiyan kali ini ialah hitam dan putih. Sejak akhir tahun lepas dan awal tahun ini. Gabungan warna ikonik tidak pernah hilang dari feed Instagram Daiyan Trisha.
Tak percaya? Have a look dan mungkin dapat inspirasi.
- Skirt panjang hitam dan t-shirt putih tanpa lengan. Dipadankan pula beg tangan hitam yang sengaja dipakai all over body. Chic!
- Nah gaya ini vice versa dari tadi. Hanya diganti dengan beg tangan putih sahaja.
- Tak sangka untuk majlis gala filem juga. Hitam putih tetap jadi pilihan Daiyan.
- Daiyan bijak mengenakan celana bercetak yang dapat menghidupkan look hitam putih ini.
- Mungkin bukan tradisional hitam putih. Namun Daiyan tetap mengekalkan estetika itu pada beg tangan dan warna dress labuh ini.
- Ya, nampak seperti all white look. Daiyan kekalkan dengan cermin mata dan sneakers hitam.
- Gaya paling Miss Murai suka! Bersahaja, rileks dan paling menarik Daiyan tidak memakai beg tangan hitam. Pilihan beg biru atau denim beri perhatian baru.
- Skirt bercetak hitam putih dan digayakan bersama kemeja deconstrutive!
- Lihat walaupun dengan Dior. Daiyan tetap dengan hitam putih tapi Miss Murai ia ada blue-black.
Pilihan baju tradisional juga tidak terlepas dengan keyakinan Daiyan dalam hitam putih.
Siapa kata gabungan hitam putih membosankan?