Tak sangka purple blush memang cantik untuk semua orang!
Warna ungu bukanlah warna pilihan sebagai warna solekan. Ia dianggap sukar untuk digayakan untuk solekan harian atau minimal. Ini mungkin kerana terdapat padangan tentang warna ungu yang dianggap ‘garang’. Masalah ini disebabkan kita melihat warna diraja ini sebagai satu rona sahaja. Padahal warna ungu juga mempunyai rona lembut, medium dan deep.
Beberapa tahun kebelakangan ini, pemain industri kecantikan mula mengetengahkan produk-produk pemerah pipi dari warna ungu. Purple blush kemudian mendapat tempat dihati peminat mekap, apatah lagi bila rona ungu dikembangkan lagi sesuai untuk skin undertones. Lebih mengejutkan hasil dari pemakaian purple blush membuatkan wajah si pemakai kelihatan segar secara semulajadi.
Warna ungu mempunyai kelebihan sendiri. Ia mengimbangi tona merah jambu dan biru mengikut rona ungu tersebut. Tona merah jambu mampu menaikkan seri wajah, manakala tona biru bertindak mengurangkan warna mata dan warna asal kulit kamu. Hasil dua kontras ini membuatkan keseimbangan kecerahan wajah, sekaligus tampak segar.
Apa pun kamu harus faham, untuk memilih pemerah pipi ungu perlu mengikut rona kulit iaitu samada light, medium atau deep. Jadi DIVA sediakan pilihan purple blush untuk kamu putuskan sesuai dengan tona kulit kamu;
Kulit cerah (light)
Bagi kamu yang berkulit cerah, rona ungu yang sedikit merah jambu atau mauve paling cocok! Rona ungu yang mempunyai tona sejuk (cool tones) dan cerah seperti warna lilac tidak membuatkan warna pipi terlalu menonjol. Sesuai untuk nada yang lembut dan dipakai tiap hari.
- AMUSE Lip & Cheek Healthy Balm – 04 Grape Balm [RM75]
- ZOEVA Velvet Love Blush Powder – Bliss-Mate Rosy Pink [RM125]
Kulit sawo matang (medium)
Kulit sederhana gelap atau sawo matang sangat penting untuk memakai rona ungu yang tidak terlalu gelap dan cerah. Kamu boleh pilih warna ungu seperti warna beri, violet dan deep mauve.
- BENEFIT COSMETICS Moone Rich Berry Blush [RM98]
- FENTY BEAUTY Cheeks Out Freestyle Cream Blush – Riri [RM129]
Kulit hitam manis (deep)
Menarik dengan si kulit hitam manis. Kamu mampu memakai purple blush rona cerah mahupun gelap. Ini kerana kulit gelap tidak akan membuatkan warna ungu menjadi kusam. Malah, warna ungu menaikkan lagi seri dan menyerlahkan warna kulit yang sihat.
- NUDESTIX Nudies Matte All Over Face Color Blush – Moodie Blu [RM167]
- HUDA BEAUTY Cheeky Tint Blush Stick – Baddie Berry [RM129]
Percayalah, bila kamu sudah ada satu purple blush memang tidak akan tukar yang lain. Ia amat sesuai untuk solekan harian atau sekadar dipakai tanpa apa-apa solekan lain. Selamat mencuba!