Netizen masih lagi obses dengan Zendaya
Sudah hampir seminggu tayangan perdana dan acara karpet merah filem Dune: Part Two. Namun ramai lagi yang belum selesai dengan keterujaan melihat fesyen Zendaya. Zendaya dan stylist-nya bijak menggunakan elemen filem Dune dalam mentafsirkan untuk seni rekaan fesyen. Malah, Zendaya diberi penghargaan memakai rekaan arkib dari pereka fesyen terkemuka dunia.
Acara tayangan perdana Dune: Part Two bertempat di London dan dihadiri oleh semua barisan pelakon utama iaitu Timothee Chalamet, Florence Pugh, Rebecca Fergusan, Austin Butler dan ramai lagi. Ketibaan Zendaya disambut dengan cukup meriah bukan sahaja dari peminat, malah dari kerlipan lampu kamera media.
Aktress berusia 28 tahun memakai suit robot dari rekaan asal Thierry Mugler tahun 1995. Ia sebuah fantasi futuristik yang menepati tema filem Dune. Rekaan dari panel metalik perak dan see-through ini juga dari koleksi Fall Haute Couture Thierry Mugler. Ternyata, Zendaya berjaya embody gaya robotic di karpet merah tanpa terlihat kaku!
Tak cukup satu, Zendaya muncul buat kali kedua dengan gaya anggun moden-klasik. Ternyata pilihan kedua ini minimalis dan meluahkan segala sisi kejelitaan Zendaya. Gaun labuh hitam dengan perincian tali besi pada bahu kanan cukup sofistikated. Ia gaun milik Mugler by Casey Cadwallader dan ia masih belum diperagakan di pentas cat-walk. Jadi jika awal tadi Zendaya hidangkan arkib dan kini segar dari air tangan pereka.
Keseluruhan gaya ini dipadankan dengan subang vintaj Bvlgari, cincin permata dari Joseph Saidin and Sons dan sepasang So Kate Chirstian Louboutin.
Puas hati betul setiap kali lihat Zendaya di acara yang berprestij. Ternyata sekali lagi (sudah banyak kali), penata gaya Zendaya iaitu Law Roach berjaya menghidupkan Zendaya dalam apa jua tema.