Bukan sesuka hati nak pilih sikat rambut!
Pemilihan sikat rambut amat penting bagi menjaga tekstur dan gaya rambut. Terutamanya buat rambut ikal mayang atau kerinting. Silap guna sikat, rambut boleh berubah jadi kembang dan kusut pula! Kualiti sikat memberi peranan yang penting. Dari segi berus, saiz dan bahan yang digunakan untuk penjagaan rambut.
Tidak seperti sikat untuk rambut lurus yang sesuai untuk berus keras dan tegak. Bagi rambut ikal mayang, kerinting atau bergulung. Kita memerlukan bentuk sikat yang lebih lebar dan jenis berus yang lembut serta mudah melurut pada rambut. Ini supaya gulungan rambut mudah disikat dan tidak menyebabkan kekusutan serta mengembalikan daya bentuk ikal dan gulungan rambut.
Pasti ada pembaca DIVA yang baru tahu bukan? Bagi yang ingin dapatkan sikat rambut baru dan terbaik. DIVA mudahkan kerja kamu dengan pilihan sikat terbaik untuk rambut ikal mayang dan kerinting.
- Tangle Teezer Fine & Fragile Wet Detangling Hairbrush [RM79.20]
Rekaan berus 325 2 supaya sikatan rambut tidak menyebabkan kusutan dan memperelok kembali gulungan rambut. Malah ia juga dicipta untuk rambut mudah putus dan boleh digunakan ketika bersyampu atau bersama produk perapi rambut. Menariknya lagi, hujung berus yang lembut untuk kulit kepala tidak pedih ketika bersikat.
- Aromatica Wooden Scalp Brush [RM79.20]
Sikat rambut ini sebenarnya sesuai untuk apa jua jenis rambut terutamanya untuk rambut bergulung! Ia bukan sahaja mencantikkan rambut tapi memulihara kesihatan kulit kepala. Kualiti berus yang kuat dan tahan daya membuatkan ia mampu mengelakkan dari keroskan rambut. Malah bahagian hujung berus yang bulat pula untuk kesan urutan peredaran darah pada kulit kepala kamu. Disamping itu juga mengalakkan pengeluaran natural oils dan menyingkirkan kotoran berlebihan.
- Briogeo Metal Tip Stimulate And Detangle Brush [RM132]
Buat rambut kerinting atau ikal tapi kering? Boleh dapatkan sikat dari Briogeo. Ia menggunakan berus metal yang lembut dan kukuh untuk menyikat rambut yang degil. Hasilnya kulit kepala tidak sakit dan rambut gugur juga berkurangan. Bahagian kusyen sikat yang lembut juga tidak menyebabkan proses menyikat lekat atau kusut.
- GHD New Oval Dressing Brush [RM145]
Geram kan bila hujung rambut tak mahu kembang atau bergulung cantik? Sikat rambut styling dari GHD ini sesuai untuk kamu yang memiliki rambut ikal mayang. Ia boleh dijadikan sebagai sikat untuk mengembang lagi bentuk gulungan hujung rambut. Hasil rambut berombak cantik dan kamu sendiri terlihat glamor dari biasa.
- Aveda Wooden Paddle Brush [RM155]
Sikat rambut yang ringan dan direka untuk mengurangkan pembiakan bakteria. Ditambah pula rekaan berus yang melebar untuk kesan sikatan rambut lebih terurus dan tidak mudah putus. Sikat ini juga boleh digunakan untuk hair styling selepas mengering rambut.
- Bachca Wooden Detangling Hairbrush [RM165]
Sikat rambut yang sangat simple! Ia menggunakan berus jenis nilon untuk kesan sikatan yang lembut, mengalir baik pada setiap helaian rambut kamu. Bagi kamu yang mempunyai masalah rambut mudah kusut dan mengerbang. Sikat ini mampu memulih bentuk rambut dengan sekelip mata.
Tips untuk si pemilik rambut ikal mayang atau kerinting
- Sikat rambut ketika rambut masih basah atau disapu dengan gel rambut. Ia membantu melindungi gulungan asli rambut kamu. Malah, ia membuatkan rambut lebih sihat, tidak mudah putus atau rapuh.
Selamat mencuba!