Donatella Versace kata nak kembali pada basic!
Tanpa sebarang salam, Versace terus melangkah ke koleksi Pre-Fall 2024 pada penghujung bulan ini. Menurut dari Donatella Versace sendiri koleksi ini seperti koleksi peribadi. Ini kerana beberapa gaya dalam koleksi terbaharu ini adalah gaya hariannya.
Seperti biasa, Versace mengekal siluet yang rapi dan kemas pada setiap produk pakaiannya. Menarik lagi tentang Versace Pre-Fall 2024, ia mengetengahkan kesempurnaan potongan kot kashmir, suit, baju panas dan seluar kargo.
Tambah menjadi perhatian DIVA untuk koleksi kali ini ialah mainan warna neutral. Bagi DIVA ini sememangnya boleh dijadikan sebagai fesyen harian. Warna monokrom dan padanan kelabu, perang dan hitam melengkapi satu sama lain. Donatella Versace benar-benar memberi gaya fesyen bukan sahaja pada siluet, warna, fabrik bahkan day to night outfit.
Ini 7 pilihan Versace Pre-Fall 2024 dari DIVA;
- Atas sampai bawah lengkap monokrom kelabu. DIVA tak dapat lepas dari jeans yang disarung model.
- DIVA suka sangat dengan skrit kargo yang sangat match dengan jaket!
- Nothing wrong with this! Boleh pergi mesyuarat atau temu janji.
- DIVA amat suka bila Versace kembalikan sulaman ikonik mereka pada tote bag itu.
- Cara paling cool untuk bergaya dengan denim Versace.
- Klasik Versace! Kardigan dengan cetakan ikonik ini beri aura musim panas walaupun ianya untuk musim luruh.
- DIVA bersyukur Donatella kembali top bottom jeans. My favourite!
Apa pendapat kamu tentang koleksi Versace kali ini?